Selasa, 11 Oktober 2022

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL TAHUN 2022 BERSAMAAN 1444 HIJRAH

Tarikh : 7 Oktober 2022
Masa : 7.20 pagi hingga 10.00pagi
Tempat : Dewan Utama Sekolah

Kolaborasi bersama SK Tanjung Piandang bersama SMA Shamsul Maarif Al Wataniah

Pendahuluan 
Alhamdulillah, perjalan majlis Sambutan Maulidur Rasul tahun 2022 bersamaan 1444 hijrah bersama dengan SK Tanjung Piandang berjalan dengan lancar. Atas nama jalinan kasih bersama antara SK Tanjung Piandang bersama SAMAWAT membuka lebaran baharu dalam sambutan pada tahun ni. Kesepakatan dan keharmonian dalam menyatuni aktiviti menjadikan majlis mencapai matlamat yang diinginkan.

Tentatif Perjalanan Majlis :
Bacaan Surah Yassin
Perarakan dan ketibaan murid, guru, wakil PIBG daripada SK Tanjung Piandang
Ucapan Pengacara Majlis
Ucapan  Aluan olehTuan Pengetua SAMAWAT
Ucapan oleh GB SK Tanjung Piandang
Ceramah Maulidur Rasul oleh Ustaz Roslan
Persembahan Nasyid & Qasidah
Penyampaian cenderama dan sumbangan surau oleh SK Tanjung Piandang kepada SAMAWAT
Selawat & bersurai










Tiada ulasan:

Catat Ulasan