Isnin, 25 April 2022

MAJLIS PELANCARAN AKADEMIK BAHASA PERINGKAT SAMAWAT SESI 2022/2023

Tarikh : 25 April 2022 (Isnin)
Masa : 7.20pagi hingga 8.00pagi
Tempat : Dewan Perdana SAMAWAT

Disempurnakan oleh : Ustaz Azmi bin Othman (PK Pentadbiran)

Penyelaras : 
1) Bahasa Melayu (Puan Shahidawati bt Osman
2) Bahasa Inggeris (Puan Nazatul Shida bt Mohd Nizarrudin)
3) Bahasa Arab (Ustaz Ahmad Murshidi bin Ramli & Ustaz Muhammad Muhaimin bin Mustapai)

Diraikan bersama oleh murid :
1) Mohammad Syakir bin Rasemi (Bahas Melayu)
2) Mohammad Syahir bin Rasemi (Bahasa Arab)
3) Nurhidayah binti Kamal (Bahasa Inggeris)

Bulan Akademik Bahasa peringkat SAMAWAT (24 April hingga 25 Mei 2022)

Mukaddimah
Alhamdulillah, Majlis Pelancaran Akademik Bahasa peringkat SAMAWAT sesi 2022/2023 berjalan dengan lancar. Diselia oleh unit Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris & Bahasa Arab pada setiap tahun bagi memberi kesedaran, pengetahuan dan pengalaman yang berguna kepada murid khasnya bagi meningkatkan tiga bahasa utama di SAMAWAT ini. 

Melalui program ini, murid akan didedahkan dengan kepelbagaian dan teknik dalam menguasai bahasa melalui pengucapan dan pemahaman. Dalam tempoh sebulan ini juga, pertandingan melukis dan kuiz bahasa dibuka kepada semua murid di SAMAWAT. Semoga dengan usaha ini akan dapat meningkatkan pengetahuan dan keseronokan murid untuk meningkatakan bahasa-bahasa tersebut.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan