Rabu, 4 Mac 2020

LADAP SIRI 2 TAHUN 2020 : GAYA HIDUP YANG SIHAT

Tarikh : 3 Mac 2020 (Selasa)
Masa : 2.45petang hingga 4.00 petang
Tempat : Bilik Gerakan Sekolah
Penceramah : En. Fadzlan Shahidi bin Ghazali (Pengetua SAMAWAT)

Kehadiran : Pengetua, semua pentadbir, semua guru & semua AKP

Alhamdulillah, pengurusan LADAP kali ke-2 bagi tahun 2020 berjalan dengan lancar bagi bulan februari melibatkan semua guru dan AKP seramai 26 orang. Perkongsian ini disampaikan oleh Tuan Pengetua (Ustaz Fadzlan Shahidi bin Ghazali). Sebelum perkongsian dimulakan terlebih dahulu, semua guru dan AKP diminta untuk mengukur tinggi dan menimbang berat masing-masing bagi membolehkan bacaan BMI diperolehi agar segala perkongsian boleh mejurus ke arah setiap individu guru.

Definifi
Gaya Hidup Sihat boleh ditakrifkan sebagai satu proses atau amalan kesihatan ke arah perubahan hidup yang memuaskan yang meliputi pelbagai aspek iaitu :
  • Penjagaan pemakanan yang seimbang, 
  • Bersenam,
  • Mengawal tekanan atau strees dan 
  • Menghindari diri daripada aktiviti-aktiviti yang negatif dan berisiko
Matlamat
Usaha untuk membentuk gaya hidup guru-guru yang sihat dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual (JERI) dan usaha melahirkan sebuah organisai sekolah yang mempunyai guru yang cergas dan aktif tidak kira peringkat umur, taraf hidup, ruang, masa dan faktor-faktor yang lain. Matlamatnya adalah untuk bebas dari sebarang penyakit "Cegah lebih baik daripada Merawat"






Tiada ulasan:

Catat Ulasan