Isnin, 17 Februari 2020

MAJLIS PERMUAFAKATAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DAN POLIS DIRAJA MALAYSIA

Program Jom ke Sekolah & Program Zoom Make "Up" Sahsiah

Tarikh : 17 Februari 2020 (Isnin)
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Dewan Perdana SAMAWAT

Perasmi : Sarjan Mejar Ramlee bin Yamat (Timbalan Ketua Balai, Balai Polis Tanjung Piandang, merangkap Pegawai Perhubungan Sekolah)
Tetamu Khas PPD : Ustaz Khairul Anuar bin Arshad

Mukaddimah
Alhamdulillah, perjalanan bagi perasmian Majlis Permuafakatan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Program Zoom Make "Up" Sahsiah berjalan lancar seperti yang dirancang. Pelancaran program yang dilancar serentak diperingkat Kementerian, Pejabat Negeri dan Daerah ini membuktikan kesungguhan pihak KPM dan PDRM dalam usaha mengawal permasalahan disiplin dan salahlaku murid di sekolah.
Semoga usaha ini mampu meletakkan agenda kemenjadian murid dilihat secara holistik dalam menjadikan sistem pendidikan negara disegani diperingkat dunia.

Antara objektif program ini adalah :

  • Program Jom keSekolah :
  1. Mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih mantap diantara pihak sekolah dengan pihak PPS.
  2. Membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral sama ada didalam atau diluar sekolah.
  3. Meningkatkan peratusan kehadiran pelajar ke tahap 100%.
  4. Mewujudkan satu sistem pengurusan kehadiran pelajar yang efisyen dalam mengawal prestasi kehadiran pelajar
  5. Mengurangkan gejala disiplin dalam kalangan pelajar terutama sekali gejala suka ponteng.
  6. meningkatkan prestasi kecemerlangan pelajar dalam bidang akademik, kokurikulum dan Sahisah.
  • Program Zoom Make "Up" Sahsiah
  1. Memantau setiap tingkahlaku pelajar di sekolah dan asrama (dipantau oleh guru/warden)
  2. Membantu pelajar meningkatkan peningkatan perkembangan sahsiah ke arah yang lebih baik.
  3. Mendidik pelajar lebih berdaya saing dalam meningkatkan tahap disiplin yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
  4. Supaya pelajar lebih fokus kepada matlamat hadir ke sekolah setiap hari.
  5. Menjadikan kefungsian unit kaunseling agar lebih cakna terhadap isu dan permasalah pelajar.
Sekilas Tentatif perjalan Program :
7.25pagi  : Ketibaan Tetamu
7.30pagi  : Alunan Asma Al Husna, Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Perak
7.35pagi  : Bacaan Doa
7.38pagi  : Ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis
7.40pagi  : Ucapan Penolong Kanan Pentadbiran (Ustaz Azmi bin Othman)
7.45pagi  : Ucapan Perasmian oleh Sarjan Mejar Ramlee bin Yamat (PPS)
7.55pagi  : Gimik Pelancaran Majlis
8.00pagi  : Penyampaian Anugerah Kehadiran Tertinggi bulan Januari 2020.
8.00pagi  : Penyampaian Cenderamata kepada Perasmi dan Tetamu Khas (PPD)
8.10pagi  : Ikrar Jom ke Sekolah oleh Ketua Pelajar.
8.15pagi  : Sesi bergambar
8.20pagi  : Jamuan Ringkas


Ucapan Perasmi (Sarjan Mejar Ramlee bin Yamat)

Ucapan Alu-aluan oleh PK Pentadbiran (Ustaz Azmi bin Othman)





Gimik Pelancaran Bersama PPS, PPD dan Pentadbir

Anugerah kehadiran tertinggi bulan Januari 2020

Penyampaian Cenderamata kepada Tuan PPD

Penyampaian Cenderamata kepada Perasmi



Ikrar pelajar Jom ke Sekolah



Tiada ulasan:

Catat Ulasan