Khamis, 21 November 2019

PROGRAM TAUTAN KASIH SMART PASCA PT3/STAM TAHUN 2019

Tarikh : 20 November 2019 (Rabu)
Masa : 7.00am - 7.00pm
Tempat : Kediaman Abu Nur, Pengkalan Hulu, Perak.

Sasaran : 26 orang (Pelajar PASCA PT3 & STAM) dan 11 orang pelajar STAM = 37 orang pelajar.
Guru Pengiring : Ustaz Roslan, Cikgu Faisal, Ustazah Nurtaqiah dan Ustazah Fadziah.

Tentatif Program :

  • Pelajar berkumpul di asrama.
  • Bertolak ke Kediaman Abu Nur.
  • Tiba di Kediaman Abu Nur.
  • Taklimat oleh Pengurusan Kediaman Abu Nur
  • Persembahan anak-anak yatim
  • Penyampaian sumbangan kepada pihak Kediaman Abu Nur.
  • Gotong - Royong.
  • Bertolak balik ke sekolah.
Alhamdulillah, segala perancangan  yang telah disusun rapi berjalan dengan lancar dan kerjasama yang diberikan oleh pihak Kediaman Abu Nur amat baik. Sumbangan berupa barangan keperluan seperti beras, minyak, susu dan pelbagai lagi sumbangan oleh pihak sekolah diserahkan kepada pihak Kediaman Abu Nur. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, semoga program ini memberi manfaat kepada pihak yang disasarkan.













Tiada ulasan:

Catat Ulasan