Jumaat, 3 Mei 2019

BENGKEL PENGURUSAN LADAP PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)

Tarikh : 2 Mei 2019 (Khamis)
Masa : 2.50 petang
Tempat : Bilik Gerakan SAMAWAT
Penceramah : Cik Yang Rozita binti Yaacob + Pn. Anis Oweeda binti Ismail (Pegawai SISC, PPD Kerian) dan Pn. Hjh. Noria binti Salleh (Pen. PPD Bahasa Melayu)

Mukaddimah
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt dengan izinnya, bengkel ladap berkaitan dengan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dapat dijalankan kepada semua guru-guru di SAMAWAT yang disampaikan oleh Cik Yang Rozita binti Yaacob yang merupakan pegawai SISC, daripada PPD Kerian bersama dengan dua orang lagi pegawai dalam usaha memberi pendedahan berkaitan dengan PBD yang berkesan kepada proses kemenjadian murid. Beberapa eleman turut diberikan termasuk dengan mengabungkan dua, tiga atau empat sukatan mata pelajaran dalam sesuatu masa dengan proses penilaian Tahap yang boleh dirumuskan oleh guru mata pelajaran.

Usaha yang dijalankan ini banyak memberi maanfaat yang berguna kepada guru-guru di SAMAWAT bagi memastikan usaha yang berterusan dapat dijalankan kepada pelajar berdasarkan tahap dan persekitaran yang dijalankan. Semoga dengan usaha ini, semua guru di SAMAWAT lebih komited dan berdaya saing dalam memastikan pentaksiran bilik darjah (PBD) didalam kelas lebih berkualiti.





Pn. Hjh. Noria binti Salleh (Pen. PPD Bahasa Melayu)

Pn. Pn. Anis Oweeda binti Ismail

Cenderahati daripada pihak sekolah kepada penceramah jemputan Cik Yang
C

Tiada ulasan:

Catat Ulasan