Isnin, 25 Februari 2019

MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) KALI KE-12 TAHUN 2019

Tarikh : 22 Februari 2019
Hari : Jumaat
Masa : 2.30pm hingga 6.00pm
Tempat : Dewan Perdana SAMAWAT
Pengerusi Majlis : En. Ahmad Kamal Arrifin bin Mohd Ali (Perasmian)
                              En. Roslan bin Ramli (Mesyuarat Agung)

Perasmi : Abdul Malik bin Abd Latif (wakil)
(Pegawai Khas kepada Abdul Yunus bin Jamhari/ Exco Kemudahan Awam, Infastruktur, Pertanian dan Perladangan merangkap Adun Kuala Kurau)

Alhamdulillah, seperti yang telah dirancang Mesyuarat Agung PIBG kali ke-12 bagi tahun 2019 berjalan dengan lancar dengan kerjasama semua pihak yang terlibat. Keperihatinan dan perhatian yang diberikan oleh ibu bapa amat memberangsangkan apabila kehadiran mencapai 85% seperti yang diinginkan. Secara keseluruhannya, perjalanan bagi mesyuarat agung pada tahun ini berjalan dengan lancar.

Ketibaan perasmi pada jam 3.00pm diwakili oleh En. Abd Malik bin Abd Latif, iaitu Pegawai Khas kepada Abdul Yunus bin Jamhari/ Exco Kemudahan Awam, Infastruktur, Pertanian dan Perladangan merangkap Adun Kuala Kurau bersama dengan Pegawai Khas Ahli Parlimen Parit Buntar (YB Dato Mujahid Rawa) dan deligasi VVIP yang lain menjadikan masej penyampaian kepada para ibu bapa dapat disampaikan dengan baik.

Selasai majlis perasmian, perasmi dan para tetamu VVIP bersama dengan YDP PIBG, Barisan Pentadbir SAMAWAT menjamu selera di Kantin sekolah dan mesyuarat agung diteruskan dengan dipengerusikan oleh Ustaz Roslan bin Ramli. Melalui kerjasama yang diberikan, segala agenda yang ditetapkan berjalan dengan lancar apabila mesyuarat agung kali ini membuat permilihan yang baharu melibatkan semua AJK bagi sesi 2019-2020.

Atas kepercayaan yang diberikan oleh ibu bapa, mantan YDP iaitu En. Murad bin Husain telah dilantik kembali mengetuai barisan PIBG bagi sesi kali ini. Turut dikelakkan beberapa muka lama seperti En. Anuar bin Ali dan AJK dalam kalangan guru iaitu Setiasausaha dan Bendahari.

Majlis turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada mantan AJK yang lama atas kerjasama dan komitmen yang diberikan sepanjang bersama-sama PIBG dalam usaha menjadikan persatuan PIBG SAMAWAT sentiasa berjalan dengan lancar.

Akhir sekali majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada AJK 2017/2018 atas sumbangan yang telah diberikan. sebelum bersurai sesi bergambar AJK yang baharu turut berlangsung. Sekilas AJK (Ibu Bapa) yang baharu bagi sesi 2019-2020 :

  1. En. Murad bin Husain (YDP PIBG) -Kekal
  2. Shahriman bin Ahmad (Timb. YDP PIBG)- Baharu
  3. En. Anuar bin Ali (AJK Ibu Bapa) -Kekal
  4. Pn. Fatimah binti Ghulam Khan (AJK Ibu Bapa)- Baharu
  5. Pn. Siti Mastura binti Mohamad (AJK Ibu Bapa)- Baharu
  6. En. Hasmadi bin Yusof (AJK Ibu Bapa)- Baharu
  7. En. Ishak bin Yeop (AJK Ibu Bapa)- Baharu
  8. Pn. Norhashimah binti Mokhtar (Juru Audit Ibu Bapa)-Baharu
Bacaan Doa oleh Ustaz Roslan bin Ramli

Ucapan oleh YDP PIBG (En. Murad bin Hussain)

Penyerahan surat permohonan kepada wakil YB Yunus iaitu En. Malik

AJK Baharu Sesi 2019-2020





Sekitar Penyerahan Bantuan Awal Persekolah sesi 2019

Ucapan Penolong Kanan Pentadbiran (Ustaz Azmi Othman)

Ucapan Perasmi (En. Abd Malik bin Abd Latif)

Penyampaian Cenderahati kepada En.Abd Malik Bin Abd Latif (Perasmi)



Penyampaian Cenderahati kepada AJK 2017/2018







Tiada ulasan:

Catat Ulasan