Isnin, 28 Januari 2019

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH & PSS SESI 2019

Tarikh : 28 Januari 2019 ( Isnin )
Masa : 7.30 - 8.10 pagi
Tempat : Dewan SAMAWAT

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi,pada 28 Januari 2019 Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber SMA Shamsul Maarif al Wataniah bagi sesi 2019 telah berjalan dengan jayanya. Program yang bermula tepat jam 7.30 pagi, di dewan terbuka SAMAWAT ini turut dihadiri oleh Tuan Inspektor Mohd Najib bin Mohd Hanafi, Pegawai Bahagian Siasatan Dadah Dan Narkotik IPD Kerian yang juga selaku Pegawai Perhubungan Sekolah. Seramai 24 orang pengawas sekolah dan 17 orang pengawas pusat sumber telah dipilih dan berikrar untuk terus komited dengan taklif dan tasyrif amanah yang diberikan oleh pihak sekolah.

Ust. Muhamad, Tuan Pengetua SAMAWAT menyampaikan kata alu-aluan.

Tuan Inspektor Mohd Najib bin Mohd Hanafi, Pegawai Bahagian Siasatan Dadah dan Narkotik IPD Kerian, selaku juga Pegawai Perhubungan Sekolah menyampaikan amanat beliau.

Gimik Majlis Penyampaian Watikah Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber SAMAWAT bagi sesi 2019 telah berjaya disempurnakan oleh Tuan Inspektor Mohd Najib bin Mohd Hanafi diiringi oleh Tuan Pengetua, Ust Muhamad bin Abdullah.


Pegawai Perhubungan Sekolah, Tuan Inspektor Mohd Najib bin Mohd Hanafi menyampaikan watikah kepada adik Sharifudin.

Barisan Pengawas SAMAWAT sedang berikrar.

Sesi foto, Pengawas Sekolah SAMAWAT bagi sesi 2019.

 Pengawas Pusat Sumber SAMAWAT bagi sesi 2019.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan