Jumaat, 19 Oktober 2018

PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH DIRI MURID

Ancaman Bahaya LGBT

Tarikh : 19 Oktober 2018 (Jumaat)
Masa : 7.30am hingga 9.00am
Tempat : Dewan Perdana SAMAWAT
Sasaran : Semua murid, Guru dan Staf
Penceramah : En. Azuan bin Aminuddin

Mukaddimah

Alhamdulillah..selesai sudah ceramah bagi Program Pembangunan Sahsiah Diri Murid berfokus kepada Ancaman Bahaya LGBT (Lesbian, Gay, Bioseksual & Transgander) yang melibatkan kesemua seramai 153 orang murid dan kesemua guru dan kakitangan sekolah.

Acaman pengaruh LBGT didunia dan amnya di Malaysia telah memberi kesan yang mendalam kepada sosial budaya masyarakat di Malaysia khususnya yang beragama islam. Penularan pengaruh ini perlu disekat demi melihat generasi murabbi di Malaysia khususnya golongan belia tidak menjadi mangsa kepada situasi ini. Maka dengan ini, pihak sekolah melalui peruntukan yang diberikan oleh Sektor Pendidikan Islam (SPI), Perak mengambil insentif dengan menjemput seorang penceramah yang cukup berpengalaman daripada SMK Panglima Bukit Gantang, En. Azuan bin Aminuddin untuk sama-sama berkongsi isu ini dengan warga SAMAWAT agar segala ancaman isu ini dapat diatasi.

In syaa Allah dengan pengetahuan dan ilmu yang berguna ini, semua warga SAMAWAT menjadikan landasan ini untuk menyebarkan segala maklumat agar ancaman dan pengaruh LGBT dapat dibenteras demi kesejahteraan umat islam di dunia khasnya di Malaysia.

Penceramah : En. Azuan bin Aminuddin





En. Azuan bersama dengan anak-anak SAWAMAT


Penyampaian Cenderahati oleh pihak sekolah kepada Tuan Penceramah yang disempurnakan PK HEM
(Puan Hajah Rohizah binti Haji Bawi)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan