Isnin, 6 Ogos 2018

KEM KECEMERLANGAN AKADEMIK SPM 2018

KEM GEMILANG SAMAWAT

Tarikh : 3 hingga 5 Ogos 2018 (Jumaat hingga Ahad)
Tempat : Infra Chalet & Resort, Kuala Gula Sanctury, Kuala Gula, 34350, Kuala Kurau, Perak.

MUKADDIMAH
Program Kem Gemilang SAMAWAT bagi tahun 2018 bagi fasa pertama adalah rentetan daripada bengkel-bengkel teknik menjawab soalan bagi mata pelajaran tingkatan lima. Program berfokus kepada semua subjek sahaja secara keseluruhan iaitu Matematik, Sejarah, Bahasa Arab, PQS, PSI, Sains, Perniagaan, Bahasa Inggeris dan Perdagangan. Semua subjek ini dipilih berdasarkan kepada kepentingan yang khusus kepada semua calon SPM 2018.

MATLAMAT
Program ini akan bakal diisi dengan bengkel-bengkel dengan menjemput kebanyakan pakar-pakar dari luar (guru pakar) bagi berkongsi ilmu dan pengetahuan yang berguna kepada anak-anak SAMAWAT dalam suasana yang berbeza melibatkan persekitaran, gaya pembelajaran, kawalan emosi dan persediaan murid itu sendiri. Pendekatan ini selalu digunakan oleh pihak sekolah agar calon-calon SPM sentiasa diberikan semangat dan dorongan untuk lebih terus meletakkan sasaran dalam mencipta kejayaan dalam SPM menjadi agenda utama.

Semoga dengan kepelbagaian usaha dan usaha pihak sekolah yang dibantu oleh PIBG dari segi idea, tenaga dan wang ringgit mampu menjadikan program ini sebagai acara tahunan bagi pihak sekolah khususnya kepada calon SPM.

OBJEKTIF
Antara objektif kem ini adalah :
  • Menambah, mengaya dan mengukuhkan pengetahuan calon SPM 2018 bagi semua matapelajaran yang diambil.
  • Mendedahkan pelajar dengan kaedah pembelajaran berkesan dan                                     pengurusan masa yang cekap.
  • Menjelaskan tentang kaedah dan teknik menjawab soalan peperiksaan yang betul dan sesuai dengan format terkini.
  • Merangsang mental dan fizikal pelajar supaya sentiasa bersemangat dan bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan pada bila-bila masa sahaja.
  • Melahirkan lebih ramai pelajar yang lulus cemerlang dan 100 % lulus dalam peperiksaan SPM 2018.
  •  Memupuk sikap pelajar supaya memanfaatkan masa belajar.
  • Meningkatkan ilmu, kemahiran dan skil pelajar bagi menghadapi cabaran sebenar SPM 2018 dan,
  • Memberi ruang dan ketenagan belajar dalam persekitaran yang berbeza.



Teknik Menjawab Matematik

Teknik Menjawab Sejarah

Teknik Menjawab Bahasa Arab

Teknik Menjawab Bahasa Melayu


Teknik Menjawab Sains

Antara modul yang digunakan dalam teknik menjawab Bahasa Inggeris

Teknik Menjawab PQS

Ucapan penutup dan Refleksi Peperiksaan oleh Tuan Pengetua


HARAPAN
Adalah diharapkan agar program ini mendatangkan faedah yang besar kepada     semua peserta dan urusetia yang terlibat. Kejayaan yang bakal diraih akan menjadi      titik tolak ke arah pembentukan modal insan yang berminda kelas pertama. Semoga        impian terlaksana. SAMAWAT “ Rajin dan Sopan”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan