Jumaat, 27 April 2018

PROGRAM SMART STUDY " Kuasai Potensi Diri"

Tarikh : 26 April 2018 (Khamis)
Jam : 9.00mlm hingga 11.00mlm
Tempat : Dewan Tn. Haji Noh, SAMAWAT
Sasaran : Semua murid asrma seramai 102 orang
Penceramah : Muhammad Firdaus bin Mohd Zaki (AFK Asia Group Sdn. Bhd)

Mukaddimah
Program ceramah ini disasarkan kepada semua murid asrama seramai 102 orang. Fokus ceramah ini adalah kepada cara belajar berkesan untuk meningkatkan potensi dalam diri dalam pelajaran. penceramah dijemput khas dari AFK Asia Group Sdn. Bhd yang berpengkalan di Kuala Lumpur. Ceramah tersebut dikendalikan oleh En. Muhammad Firdaus bin Mohd Zaki banyak berkongsi maklumat-maklumat yang penting kepada anak-anak SAMAWAT khususnya yang tinggal diasrama.

Objektif

  • Bagi mendedahkan kepada murid dalam meningkatkan potensi diri yang sebenar.
  • Membudayakan cara belajar berkesan agar penguasaan terhadap akademik meningkat.
  • Menjadikan gaya pemikiran murid berada pada tahap maksima.
  • Agar semua murid sentiasa bersiap sedia dengan cabaran dunia pendidikan.
  • Memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan potensi diri.


En. Muhammad Firdaus memberi ceramahnya.


Taklimat oleh Kaunselor

Penyampaian cenderahati kepada tuan pencermah

Kesimpulan
Secara keseluruhan program ini memberikan kesan yang positif bagaimana seseorang ingin menetapkan matlamat dalam hidup untuk berjaya. Keseluruhan murid memberikan kesan yang positif tentang ceramah yang disampaikan. Akhirkata, semua pihak berharap aktiviti dan program yang dirancang oleh pihak sekolah  dalam bidang akademik, kokurikulum, sahisah dan jati diri berupaya melahirkan anak-anak SAMAWAT yang mempunyai kualiti yang setanding dengan sekolah-sekolah yang hebat.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan