Rabu, 14 Februari 2018

PELANCARAN PROGRAM "JOM KE SEKOLAH" TAHUN 2018

Tarikh : 12 Februari 2018 (Isnin)
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Tapak Perhimpunan Rasmi Sekolah Bharu
Dirasmikan oleh : Tuan Inspektor Moh. Aznal bin Alawi (Pegawai Penyiasat,Bahagian                                       Siasatan dan Penguatkuasaan TrafikIPD, Bagan Serai, Perak)Elemen 
Sasaran : Program ini disasarkan kepada semua murid khususnya, murid yang berulang alik datang ke sekolah pada setiap hari

SUMUR Modul SAMAWAT (EMAS):“BUDI BAHASA & PENAMPILAN DIRI”

MUKADDIMAH
Kejayaan seseorang pelajar selalu dikaitkan dengan pemahaman dan tumpuan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Hampir semua pelajar cemerlang menyatakan bahawa rahsia utama kejayaan mereka adalah memberi fokus dan tumpuan semasa guru mengajar. Justeru, menghadirkan diri ke sekolah merupakan asas dalam menjayakan proses penyampaian ilmu kepada pelajar. Pelajar yang hadir ke sekolah berpeluang memberi perhatian dan fokus semasa belajar dan sebaliknya pelajar yang tidak hadir tidak akan mendapat apa-apa.

Bagi menjadikan hasrat dan impian ini mencapai matlamat yang diinginkan, maka Program Jom Ke Sekolah adalah merupakan program kolaboratif antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid. Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan sekolah (PPS) di semua sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.

MATLAMAT PROGRAM
Untuk membebaskan sekolah daripada masalah salahlaku ponteng dan menggalakkan kehadiran pelajar ke sekolah. Ini bertujuan bagi mengelakkan masalah sosial yang kerap berlaku dikalangan pelajar sekiranya mereka tidak hadir ke sekolah kerana remaja mudah terdedah dengan gejala tidak sihat. Dengan kehadiran pelajar ke sekolah juga secara tidak langsung meningkatkan akademik di sekolah kerana pelajar yang hadir ke sekolah boleh dianggap tidak tercicir pelajaran yang diajar di dalam bilik darjah setiap hari oleh guru matapelajaran.

OBJEKTIF PROGRAM
Objektif Program Jom Ke Sekolah ialah:
  • Mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih mantap di antara pihak sekolah dan pihak PPS.
  • Membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibatdalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral sama ada di dalam atau di luar sekolah.
  • Meningkatkan peratus kehadiran pelajar ke tahap 100 peratus.
  • Mewujudkan satu sistem pengurusan kehadiran pelajar yang efisyen dalam mengawal prestasi kehadiran pelajar.
  • Mengurangkan gejala disiplin dalam kalangan pelajar, terutama sekali gejala suka ponteng.
  • Meningkatkan keprihatinan warga sekolah dan ibu bapa dalam menangani isu kehadiran dan gejala disiplin dalam kalangan pelajar.
  • Meningkatkan prestasi kecemerlangan pelajar dalam bidang akademik dan kokurikulum.
Ucapan perasmian oleh Insp.Moh Aznal bin Alawi

Gimik Pelancaran Program Jom Ke Sekolah peringkat sekolah tahun 2018

Barisan Pentadbir, Perasmi dan Guru-guru

Penyampaian Cenderahati kepada Tuan Perasmi

Gimik Perasmian Oleh Tuan Insp. Moh Aznal bin Alawi

Penyampaian Sijil Penghargaan kepada murid berulang yanag hadir 100% bagi Januari 2018

Bacaan Ikrar Jom Ke Sekolah oleh wakil murid






TENTATIF PROGRAM

7.15 pagi         : Semua guru dan murid berkumpul di  dataran perhimpunan.
7.30 pagi         : Ketibaan  Perasmi
             : Nyanyian lagu Asma ul Husna, Negaraku dan Negeri Perak
                        : Bacaan Doa
                        : Laporan Guru Bertugas
                        : Ucapan aluan Tuan Pengetua (En. Muhamad bin Abdullah)
                        : Ucapan dan Perasmian oleh Tuan Inspektor Moh. Aznal bin Alawi                                            (Pegawai Penyiasat, Bahagian Siasatan dan
                            Penguatkuasaan Trafik IPD Kerian
                        : Gimik Pelancaran
                        : Penyampaian Cenderahati kepada Perasmi
                        : Bacaan Ikrar Murid
                        : Bacaan Ikrar Sekolah dan Lagu Perak Excellent
8.00 pagi         : Sesi bergambar / Bersurai


PENUTUP
                  Adalah diharapkan semoga program ini mendapat sepenuh kerjasama daripada semua pihak, sekali gus bakal merealisasikan segala objektif yang dirancang. Sesungguhnya adalah menjadi tanggungjawab bagi kita semua untuk membantu pelajar kita hari ini ke arah insan yang lebih berilmu dan progresif. Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha menjayakan program ini. Semoga segala perancangan yang diusahakan mendapat berkat daripada Ilahi. Insya-Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan