Khamis, 24 November 2016

KEM PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM / IMEJ DIRI MURID 2016

Tarikh : 9 hingga 10 November 2016

Tempat : Dataran SAMAWAT/ Kampung Nelayan (Pantai Ban Pecah) / Masjid Sungai Baru/ Masjid Jamek                        Tanjung Piandang

Sasaran : 30 Orang murid PT3 2016


MATLAMAT
Perkhemahan ini bermatlamat untuk melahirkan golongan murid yang mempunyai sifat berani menghadapi cabaran, meningkatkan ketahanan fizikal sebagai persediaan sebelum memasuki ke alam menengah atas, memupuk kerjasama dan kerja sepasukan serta membina hubungan sosial dengan masyarakat atau komuniti setempat.

OBJEKTIF
Adalah diharapkan di akhir program ini peserta akan dapat:
1. Mengeratkan ikatan silaturrahim dan memupuk kerjasama antara murid dengan masyarakat luar serta mewujudkan semangat berpasukan dalam melaksanakan tugas secara berkumpulan.
2.  Memberi kesedaran kepada murid akan cabaran yang akan mereka lalui sepanjang pembelajaran mereka sebagai murid kelak.
3.  Memantapkan mental murid dari perspektif ketahanan fizikal, kecerdasan emosi, kekuatan rohani serta jati diri.






Edited by : Abd Malik Hashim
E

Tiada ulasan:

Catat Ulasan