Selasa, 16 Ogos 2016

PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN AKADEMIK MURID SAMAWAT 2016






Pada 19 Julai 2016, jam 9.00 malam sehingga 11.00 malam, satu Program Motivasi Kecemerlangan Akademik Murid SAMAWAT 2016 dijalankan ini bertujuan untuk memberi pendedahan secara khusus kepada semua agar memperolehi ilmu dan pengalaman yang berguna untuk diaplikasikan dalam kehidupan mereka seharian. Sebagai seorang murid, mereka memerlukan suntikan semangat yang tinggi untuk bersaing dengan cabaran-cabaran dalam abad persekolahan yang ke-21.
           Dalam kesempatan ini, unit kaunseling telah menjemput seorang penceramah yang cukup berpengalaman daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Semanggol iaitu En. Mohamad Fauzi bin Mansor yang merupakan Yang Dipertua Majlis Guru-Guru Kaunseling Kerian untuk memberikan ceramah dan seterusnya menyuntik semangat kepada murid SAMAWAT. Kesempatan yang diberikan oleh pihak sekolah untuk menerima penceramah ini diharap turut memberi kesan positif kepada perkembangan aspek Jasmani, Emosi, Rohaniah dan Intelektual (JERI) semua murid SAMAWAT.


OBJEKTIF PROGRAM
  • Untuk memastikan murid memperolehi maklumat dan pengetahuan yang berguna untuk diaplikasikan dalam Pelajaran dan Pembelajaran (P&P) di sekolah
  • Menjadikan murid berupaya menghadapi cabaran dan halangan dengan baik sehingga mampu  bersaing di peringkat yang lebih tinggi.
  • Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah, masyarakat, bangsa, agama  dan Negara.
  • Memastikan matlamat yang telah digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 memberi kesan yang positif kepada pembangunan Jasmani, Emosi, Rohaniah dan Intelektual (JERI) semua murid sekolah.
  • Untuk memasikan pemikiran dan tindakan murid bersesuaian dengan matlamat yang telah dirancang untuk jangka masa panjang.

Pada akhir program ini, borang soal selidik telah diedarkan kepada semua murid bagi melihat tahap penerimaan mereka terhadap penyampaian yang telah dikongsikan. semoga dengan program ini, murid di SAMAWAT mampu menggunakan segala ruang yang ada untuk lebih cemerlang dalam akademik. Diharapkan penglibatan murid luar lebih ramai agar penyampai dapat diberikan kepada semua murid yang terlibat.






Edited by : Muhd Faisal Hj Hassan
(Guru Bimbingan & Kaunseling SAMAWAT)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan