Rabu, 13 Julai 2016

Program Demonstrasi Memadam Kebakaran 2016 Kolaborasi di antara SAMAWAT dan Balai Bomba Kuala Kurau.

Latihan ini perlu bagi mempersiapkan murid-murid dan warga sekolah dengan pengetahuan dan tindakan serta langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan atau kebakaran. Sememangnya sesuatu bencana, kemalangan atau musibah boleh berlaku bila-bila masa tanpa diduga. Justeru semua warga sekolah perlu memahami dengan jelas mengenai langkah-langkah yang perlu di ambil sekiranya berlaku kebakaran atau bencana alam serta dapat bertindak secara spontan.Terima kasih diucapkan kepada Ketua Balai Bomba Kuala Kurau,Perak iaitu Tuan Jamal di atas kesudian memberi taklimat dan demonstrasi memadam kebakaran kepada warga SAMAWAT.



 Penulis : Johari bin Ishak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan