Selasa, 21 Jun 2016

PROGRAM TAZKIRAH SETIAP PAGI JUMAAT.



tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Hatta yang bertajuk Pemaaf

PROGRAM TAZKIRAH SETIAP PAGI JUMAAT.

Setiap pagi Jumaat  iaitu   bermula pukul 7.20 pagi,  Semua guru, pelajar dan staf sokongan Sekolah Menengah Agama Shamsul Maarif Al- wataniah  akan berkumpul di dewan Hj  Nuh bagi melaksanakan bacaan yasiin dan Tazkirah.

  Tazkirah akan disampaikan oleh salah seorang guru lelaki . Tajuk - tajuk tazkirah mengikut modul tazkirah yang disediakan dan disusun oleh Ustaz Hatta. Contoh tajuk tazkirah yang disampaikan ialah Pemaaf, Sabar separuh daripada iman, Amalan yang disukai oleh Rasulullah.Tazkirah ini tidak memakan masa yang panjang hanya  mengambil masa 5 hingga 10 minit sahaja. 

   Program Tazkirah adalah salah satu saluran untuk mendapatkan ilmu akhirat. Selain ilmu dunia, ilmu akhirat juga penting untuk melengkapkan kehidupan . Mudah - mudahan dengan keberkatan  program ini, warga sekolah ini akan mendapat kebaikan di dunia dan akhirat.

Disediakan oleh Saudah bt Mastor






Tiada ulasan:

Catat Ulasan