Masa : 8.00am
Tempat : Dewan Tuan Haji Noh SAMAWAT
Tanggal 16 Mei 2016 (Isnin), selepas sambutan dan bacaan perutusan hari guru, turut dilancarkan Pelancaran Program Pertandingan Kelas Ceria tahun 2016 yang dilancarkan dibawah Unit bimbingan dan Kaunseling dan Hal Ehwal Murid (HEM) dirasmikan oleh Puan Hajah Rohizah bt Haji Bawi (PK HEM) diiringi oleh Ustaz Abdul Malik bin Hashim (PK KO). Pertandingan ini akan melibatkan semua kelas di SAMAWAT. Objektif program ini dijalankan adalah :
1.
Memastikan bilik darjah sentiasa di dalam keadaan yang bersih dan ceria
2.Menjadikan
bilik darjah sebagai bilik ilmu di mana setiap bilik darjah dikehendaki
menyediakan sudut bacaan masing-masing.
3.
Membina rasa tanggungjawab dan kerjasama di antara pelajar di dalam kelas
4.
Membina semangat persaingan yang sihat di antara kelas-kelas
5.
Memberi pendedahan kepada KetuaTingkatan dan AJK Keceriaan bilik darjah
mengenai pengurusan dan kepimpinan.
6.
Menjadikan bilik darjah sebagai tempat yang nyaman dan selamat sepanjang
pelajar berada di sekolah.
Sekitar majlis pelancaran pertandingan kelas ceria |
Antara format laporan yang digunakan |
Juara Mingguan dan bulalan pertandingan keceriaan kelas dimemangi oleh Tingkatan Satu. |
Syarat-syarat Pertandingan :
1.
Pertandingan
melibatkan semua kelas.
2.
Penilaian
dibuat melibatkan tiga aspek utama yang berikut:-
a)
Kehadiran (40%)
b)
Bilik Darjah (30%)
i.
(10%) : Cermin
ii.
(10%) : Lantai
iii.
(10%) : Susunan meja dan kerusi
c)
Ketrampilan (30%)
i.
(10%) : Pakaian
ii.
(10%) : Sudut ilmiah
iii.
(10%) : Kreativiti
Oleh
itu untuk mencapai kecemerlangan ,sekolah mestilah memastikan bahawa bilik
darjah sentiasa di dalam keadaan yang
bersih dan ceria. Kebersihan dan keceriaan bilik darjah seharusnya dikekalkan
malah dipertingkatkan dari masa ke semasa. Untuk mencapai tujuan ini,
pertandingan bilik darjah bersih dan ceria amat sesuai diadakan secara
berterusan bagi memastikan pelajar sentiasa berada di dalam keadaan yang selesa
dan seterusnya dapat mengikuti pelajaran dengan baik.
Suasana pembelajaran yang
sentiasa bersih dan ceria hasil daripada kerjasama dan pertandingan yang sihat
di antara pelajar tentunya akan menghasilkan kecemerlangan dalam akademik dan
disiplin pelajar .Hal ini adalah sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara yang
mementingkan penghasilan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani
dan intelek (JERI)
Edited by : Muhd Faisal bin Haji Hassan (http://faisalextrovert.blogspot.my/)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan