Rabu, 22 Jun 2016

Majlis Pelancaran Amalan Guru Penyayang (Mentor - Mentee ) & Amalan 3S (Senyum,Salam & Sapa) peringkat sekolah tahun 2016

Tarikh : 1 Februari 2016
Masa  : 7.30am-8.15am
Tempat : Dataran Perhimpunan SAMAWAT
Dirasmikan oleh : Tn. Hj Nor Azam bin Abdullah (Pengetua SAMAWAT)

Pada tanggal 1 Februari, unit bimbingan dan kaunseling dan Hal Ehwal Murid sekolah telah melancarkan Program Amalan Guru Penyayang (Mentor-mentee) & Amalan 3S (Senyum,Salam & Sapa) peringkat sekolah tahun 2016. Majlis ini telah dilancarkan dan dirasmikan sendiri oleh Pengetua SMA Shamsul Maarif Al-Wataniah iaitu Tuan Haji Nor Azam bin Abdullah diiringi oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Hajah Rohizah bt. Haji Bawi.

Majlis perasmian diteruskan lagi dengan gimik pelancaran dengan memotong reben dan penyerahan buku laporan dan sijil lantikan kepada penyelaras program iaitu En. Muhd Faisal Hassan (Guru Bimbingan dan Kaunseling). Antara gambar-gambar sekitar program pelancaran :


Gimik Pelancaran oleh Tn. Hj. Nor Azam bin Abdullah


Penyerahan buku laporan & sijil kepada penyelaras program




 Murid-murid sekolah diraikan dengan diberikan kad penghargaan hari lahir. Antara gambar-gambar tersebut:
Sekitar penyerahan Kad hari lahir kepada setiap murid




Edited by : Muhd Faisal bin Hj Hassan (http://faisalextrovert.blogspot.my/)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan