Ahad, 6 Mac 2016

Majlis Tadarus Al-Quran 2016


Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) 2016 peringkat zon & daerah Kerian telah bermula. Peringkat zon Parit Buntar, SMA Shamsul Maarif telah menyertai acara tilawah (L) & (P) yang telah diadakan pada 27 Mac 2016 di Dewan Kerian Sejahtera & Sentosa (PPD). Peserta Adam bin Zakaria telah mendapat naib johan manakala Nur Fadhlina mendapat saguhati.

Acara Hafazan (L) & (P) telah diadakan pada 2 Mac 2016 di Bilik Kerian Harmoni & Surau Sek. Keb. Wawasan.  Alhamdulillah peserta Muhammad Mujahid bin Murad telah berjaya menjadi Johan manakala Faridah binti Abdullah sekadar saguhati. Setelah Hafazan peringkat zon Bagan Serai selesai maka markah setiap peserta dinilai oleh para Hakim. Para Hakim telah sebulat suara bersetuju memilih Muhammad Mujahid yang telah memperolehi markah tertinggi ( 97/100 ) sebagai Johan Daerah Kerian dan akan mewakili daerah Kerian ke peringkat Negeri pada 16 April di Kuala Kangsar. Sesungguhnya kejayaan ini amat bermakna kerana ia telah mengharumkan nama sekolah dan telah mencatat sejarah bagi sekolah ini yang belum pernah ke peringkat negeri.




Rabu, 2 Mac 2016

Parit Buntar Kampung Run











Program "Parit Buntar Kampung Run" anjuran Majlis Belia Malaysia telah diadakan pada hari Ahad (28/2/2016). Larian tersebut merupakan program peringkat kebangsaan yang telah disertai oleh belia dan murid sekolah menengah dan rendah dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Justeru itu, SAMAWAT tidak melepaskan peluang keemasan untuk turut serta dalam acara peringkat kebangsaan yang julung kali diadakan ini dengan menghantar 10 orang murid dan diiringi oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum, En. Abdul Malik Hashim. 

Acara larian telah dimulakan tepat jam 7.10 pagi dan berakhir sekitar jam 12.00 tengahari. Peserta memulakan larian dari Pekan Pasar Hari Tanjung Piandang dan berakhir di Ban Pecah, Sungai Baru, Tanjung Piandang. Jarak larian bagi kategori dewasa ialah 12 km dan 5 km untuk murid sekolah.

Walaupun tidak memenangi sebarang tempat dalam acara larian tersebut, SAMAWAT tetap tidak pulang dengan tangan kosong. SAMAWAT telah berjaya memenangi 4 cabutan bertuah di samping sijil penyertaan dan T-Shirt percuma. 

Tahniah diucapkan peserta yang mewakili SAMAWAT ! 

Selasa, 1 Mac 2016

PENERIMAAN SIJIL KKQ TAHUN 2014

Alhamdulillah, Sijil KKQ tahun 2014 telah selamat diterima pada hari Isnin 29/2/2016. In sya Allah sijil KKQ tahun 2014 dan 2015 akan disampaikan pada 7 Mac 2016 (Isnin) oleh Tuan Pengetua semasa perhimpunan pagi.

LAPORAN PERJUMPAAN PAGI

Perjumpaan pagi pentadbir bersama guru telah diadakan pada jam 7.45pg 1 Mac 2016.
Peringatan pengetua kepada guru-guru terutama guru kelas supaya menyediakan sebuah kerusi dan meja didalam setiap kelas bagi tujuan pencerapan.
Kedua pemantauan program mulhaq setiap pagi dibawah tanggungjawab guru kelas sehinggalah perlajar terbiasa dan mampu melaksanakanya sendiri.
Pengetua juga menerangkan setiap permintaannya dalam infomaya seperti watsap adalah merupakan arahan.
Sebarang aktiviti dan program perlu dilaporkan dalam blog sekolah mengikut unit masing-masing: Pentadbiran, Kurikulum, HEM dan Ko-Kurikulum berserta gambar. Perjumpan ini berjalan dalam tempoh 8 minit selesai pada jam 7.53pg.