Khamis, 23 Jun 2016

Sync School Messaging (SSM)

Terkini dari meja Guru ICT...

Pihak sekolah kini dalam usaha memantapkan penggunaan ICT di dalam persekolahan seharian di SAMAWAT. Terkini, penggunaan Sync School Messaging akan merapatkan jurang di antara ibu bapa, waris pelajar, guru-guru dan murid-murid. Penggunaan Sync School Messaging dilihat sebagai wadah baru yang lebih efisien di dalam menyampaikan maklumat sekolah dengan lebih pantas sesuai dengan kepantasan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) hari ini.

Bagi mendapatkan servis Sync School Messaging ini, ibu bapa dan warga sekolah disarankan untuk memuat turun aplikasi 'Sync School Messaging' dari telefon pintar masing-masing agar tidak ketinggalan dalam mendapatkan informasi penting dari pihak SAMAWAT. 

Sila klik link berikut untuk download: http://edu.sync.my

kata carian nama sekolah di aplikasi Sync ialah : SMA SHAMSUL MAARIF AL-WATANIAH.

berikut panduan pemasangan Sync School Messaging:




posted by: Nor Bainah Zaini
                  Guru ICT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan