Khamis, 23 Jun 2016

Majlis Perpisahan dan Jasamu dikenang

Assalamualaikum...

Pada tanggal 22 April 2016, SAMAWAT telah kehilangan guru yang sangat dedikasi dan berkaliber. Guru yang dimaksudkan ialah Pn. Norisah bt. Sabuddin. Beliau telah bertukar ke SABK Syubbaniah Batu Kurau setelah berkhidmat di SAMAWAT selama tiga tahun. Kehilangan beliau sangat dirasai kerana beliau seorang guru yang mudah mesra dengan semua warga sekolah. Beliau juga sangat disayangi oleh anak-anak murid kerana komitmen beliau yang sangat tinggi sepanjang bergelar guru Matematik di sekolah ini.  Pihak sekolah amat menghargai jasa beliau dan mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi menabur bakti di sekolah ini.  Diharapkan Pn. Norisah akan lebih cemerlang di sekolah baharu.

Pertemuan kita di suatu hari
Menitipkan ukhuwah yang sejati
Bersyukurku ke hadrat Ilahi
Di atas jalinan yang suci

Namun kini perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa diri
Bersabarlah di atas dugaan
Kau tetap pergi jua...

Bagi mengenang jasa beliau, pihak sekolah telah mengadakan Majlis Perpisahan dan Jasamu Dikenang pada 21 April 2016 yang bertempat di JS Muara Restoran Terapung Kuala Gula. Seluruh warga sekolah telah dijemput untuk meraikan majlis tersebut.

Pn. Norisah di tengah-tengah (berbaju merah)



Kalau ada sumur di ladang,
       Boleh kita menumpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
       Boleh kita berjumpa lagi.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh: Shahidawati Osman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan