Masa : 9.00 mlm hingga 11.00 mlm
Tempat : Dewan Tuan Haji Noh, SAMAWAT
Penceramah : En. Muhd Faisal bin Hassan (GBK)
Mukaddimah
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt kerana ceramah pemantapan sahsiah diri murid menjurus kepada cara pembelajaran yang berkesan (Smart Study) berjaya dijalankan kepada semua pelajar asrama dan turut dihadiri oleh beberapa pelajar berulang.
Dalam ceramah kami ini penceramah mendedahkan beberapa teknik yang berkesan dalam proses pembelajaran mengikut kesesuaian pemahaman pelajar. Beberapa teknik secara individu dan kelompok telah didedahkan bersama dengan pembentukan kumpulan kelompok study group bagi setiap tingkatan. Sekilas beberapa teknik dan cara :
- Cara bagaimana ingin memperolahi markah 100% dalam ujian dan juga peperiksaan diberikan iaitu 50% jika memberi tumpuan 100% semasa guru mengajar. 20% diperolehi hasil menyiapkan kerja sekolah tepat pada masanya dan 30% akan diperolehi hasil ulangkaji berpandukan kepada jadual dan hari yang sama.
- Menubuhkan Kumpulan Group Study yang mana ahli tidak melebihi 4 orang. Ahli mesti melantik seorang ketua dan ketua perlu memastikan setiap ahli baca terlebih dahulu perkara yang ingin dibincangkan dan dibawa dalam perjumpaan kumpulan.
- Pembelajaran didalam kelas juga mesti melibatkan penguasaan tiga elemen utama iaitu Psikomotor iaitu pergerakan tangan (mencatat). Kedua Kognitif iaitu bagaiman fungsi otak dan akal berfikir dan yang terakhir Visual yang melibatkan pemerhatian dan pendengaran.
Jika asas yang dikongsi ini diamalkan oleh setiap orang pelajar, maka kecemerlangan dalam sahsiah dan akademik akan dapat dibentuk dan SAMAWAT mampu menjadi antara sekolah yang disegani diperingkat daerah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan