Memaparkan catatan dengan label PENTADBIRAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PENTADBIRAN. Papar semua catatan

Isnin, 26 September 2022

MAJLIS KECEMERLANGAN PELAJAR & PENYAMPAIAN SUMBANGAN SEKOLAH-SEKOLAH PARLIMEN PARIT BUNTAR

Tarikh : 3 September 2022 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi hingga 11.00 pagi
Tempat : Dewan Serbaguna USM Transkrian Nibong Tebal

Perasmian oleh : YB Dato Seri Dr. Mujahid bin Rawa (Ahli Parlimen Parit Buntar)

Jemputan : 
1) Tuan Haji Mohamad Sharif bin Mat Nayan (YDP PIBG)
2) En. Muhd Faisal bin Hassan (Setiausaha PIBG)









Jumaat, 19 Ogos 2022

MAJLIS PELANCARAN SEKOLAHKU SEJAHTERA : SEPAKAT DAN SELAMAT SERTA PELANCARAN PORTAL ADUAN BULI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Tarikh : 18 Ogos 2022 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi hingga 10.00 pagi
Tempat : Dewan Utama Sekolah

Sasaran : Semua warga sekolah

Tetamu Jemputan :
1) Ustaz Azmi bin Othman (PK Pentadbiran)
2) Tuan Haji Mohamad Sharif bin Mat Nayan (YDP PIBG)
3) Sarjan Mohd Faizon bin Ku Abdullah (Timbalan Ketua Balai, Balai Polis Tanjung Piandang, Perak

Tentatif Program :

8.00pagi   : Ucapan pengacara majlis
8.15pagi   : Tayangan video LIVE Pelancaran oleh KPM














Khamis, 11 Ogos 2022

LATIHAN PENGUSIAN KEBAKARAN (FIRE DRILL)PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2022

Tarikh : 11 Ogos 2022 (Khamis)
Tempat : Sekolah
Masa : 9.00 pagi
Penyelaras :
1) En. Johari bin Ishak
2) En. Ahmad Kamal Arrifin bin Mohd Ali

Sasaran : Semua warga sekolah

Perjalanan Latihan :
1) 9.00 pagi   : Loceng dibunyikan
                      : Murid berkumpul ditapak berkumpul

2) 9.10 pagi   : Proses pengiraan jumlah guru, staf dan murid
3) 9.20 pagi   : Sesi taklimat latihan oleh penyelaras 
                      : Ucapan oleh Tuan Pengetua
4) 9.40 pagi   : Bersurai














Rabu, 29 Jun 2022

MESYUARAT JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA & GURU BIL. 1 SESI 2022/2023

 Tarikh : 28 Jun 2022 (Selasa)

Masa : 2.30 petang hingga 4.40 petang

Tempat : Bilik Gerakan Sekolah

Mukaddimah

Alhamdulillah, Mesyuarat AJK PIBG kali pertama sesi 2022/2023 berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang. Kerjasama semua AJK bagi memastikan segala agenda mesyuarat mencapai kata sepakat untuk diterjemahkan kepada usaha pembangunan menyeluruh pelajar dan sekolah. Kerjasama PIBG bersama dengan sekolah serta usaha dalam melibatkan komuniti setempat mendapat sambutan memberasangkan.

Agenda Mesyuarat :

1) Ucapan Pengerusi

2) Ucapan Penasihat

3) Dokongan projek kerjasama BSN (Kad Debit Pelajar)

4) Perancangan Program Sokongan oleh PIBG ( Akademik, Sahsiah, Kokurikulum)

5) Syor usul/ cadangan ibu bapa/waris (MAT PIBG ke-15)

6) Cadangan perancangan program PIBG 2022/2023

7) Hal-hal lain



Diakhir mesyuarat, majlis penyerahan watikah pelantikan AJK baharu sesi 2022/2024 disempurnakan oleh Tuan Pengetua (penasihat) kepada semua AJK yang dilantik. Moga terus komitmen dalam amanah yang diberikan bagi pembangunan kurikulum, sahsiah, kokurukulum dan lain-lain pembangunan demi kemajuan SAMAWAT 














Rabu, 22 Jun 2022

PELANCARAN SEKOLAHKU SEJAHTERA TAHUN 2022

Tarikh : 20 Jun 2022 (Isnin)

Masa : 7.30 pagi

Tempat : Dewan Utama Sekolah

Disempurnakan oleh : Tuan Haji Mohd Suhaimi bin Ismail (Pengetua)

Pendahuluan

Alhamdulillah, Pelancaran Sekolahku Sejahtera peringkat SAMAWAT berjalan dengan lancar. 

Penerapan konsep Sekolahku SEJAHTERA bakal melahirkan generasi berdaya saing di peringkat dunia.

Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, ia boleh dicapai menerusi 14 elemen Sekolahku Sejahtera yang diketengahkan kementerian.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang konsep Sekolahku SEJAHTERA, 14 elemen nilai murni yang diumumkan oleh KPM, serta lagu dan lirik rasmi.

Terdapat 14 nilai yang terkandung di dalam konsep ini iaitu:

  1. Selamat
  2. Seronok
  3. Sihat
  4. Etika
  5. Empati
  6. Jati diri
  7. Adab sopan
  8. Harmoni
  9. Tekun
  10. Teliti
  11. Terampil
  12. Eksplorasi
  13. Rasional
  14. Artikulasi

Pelaksanaan Konsep

Pelaksanaan konsep ini akan diterapkan menerusi pengajaran dan pembelajaran oleh para guru kepada murid.

Sebagai contoh, apabila guru sedang mengajar mata pelajaran Sejarah, jika ada perkara-perkara dalam topik yang diajar itu kepada murid mempunyai kaitan dengan 14 elemen, perkara tersebut boleh diperjelaskan kepada murid.