Selasa, 28 Februari 2017

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SAMAWAT KALI KE-12

'Sains dan Teknologi'... begitulah tema bagi acara perarakan Kejohanan Balapan dan Padang SAMAWAT Kali Ke-12 yang telah diadakan pada 25 Februari 2017 yang lalu.

Kejohanan Balapan dan Padang SAMAWAT kali ini diadakan di Padang SK Tanjung Piandang yang menampilkan Tn. Hj. Jamil Bin Salleh, Pengerusi LPS SAMAWAT memotong tali belon sebagai gimik perasmian.

Kejohanan kali ini diharap dapat melahirkan generasi yang berketrampilan serta mempunyai jati diri yang tinggi di samping memberi ruang dan hala tuju kepada murid-murid dalam mengharumkan nama rumah sukan masing-masing. Kejohanan kali ini juga dilihat sebagai satu wadah untuk melahirkan warganegara Malaysia yang cintakan kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum. Pelaksanaan kejohanan balapan dan padang ini adalah selari dengan dasar 'Satu Murid, Satu Sukan'...




















posted by: Nor Bainah Binti Zaini

Selasa, 21 Februari 2017

KEJOHANAN BOLA TAMPAR PEREMPUAN

SAMAWAT boleh!!!
Kegembiraan teserlah di setiap wajah murid dan guru SAMAWAT bila mana diumumkan keputusan kejohanan bola tampar perempuan bawah 18 pada 13 Feb 2017 ISNIN.
Tahniah kepada pemain, guru pembimbing , juru latih dan semua atas kejayaan Pasukan bola tampar SAMAWAT pada kedudukan Naib Johan.




SAMAWAT " Rajin dan Sopan"

Narrated by Azmi bin Othman

Ahad, 19 Februari 2017

PROGRAM IKRAR/AKU JANJI MURID & PENETAPAN TARGET SAMAWAT 2017

Tarikh     : 16 Februari 2017 (Khamis)
Masa      : 2.30petang - 5.00petang
Sasaran : Murid PT3, Thanawi dan SPM 2017 (Ibu Bapa hadir)
Perasmi : En. Ahmad Rusli bin Abdul Gani
                (Penolong Pengarah Pengurusan GPI, Menengah, JPN, Perak)

Pengenalan
Sememangnya sinar kehidupan itu diperolehi daripada kebijaksanaan dan perkara itu bukanlah sesuatu yang senang untuk dikecapi. Mengecapinya seperti berjalan di gurun pasir, kepayahan dan keperihatinan yang harus ditanggung dan dirasai serta mereka yang bersungguh-sungguh yang mampu meneruskan lembaran berikutnya. Walaupun demikian, di setiap kepayahan itu, harapan sentiasa wujud. Dengan harapan itu, satu program Ikrar/Aku janji & Penetapan Target PT3, Thanawi, SPM bagi tahun 2017 akan dilaksanakan sebagai satu sumber motivasi kejayaan kelak.


Objektif Program
Pada akhir program ini diharapkan para murid akan :
1. Bermotivasi tinggi untuk mencapai sasaran “ Straight A dan Mumtaz”.
2. Menjadikan murid yang berdaya saing dan proaktif dalam meningkatkan kualiti dan kecemerlangan
3. Mencapai keputusan cemerlang dalam semua mata pelajaran untuk PT3, Thanawi dan SPM

Sekilas ucapan perasmi majlis

Ikrar Ibubapa dan Guru



Penyampaian Cenderahati kpd perasmi
Sekilas sepanjang majlis berjalan.


Edited by : SAMAWATDDA

Selasa, 7 Februari 2017

Lawatan Pegawai PPD Kerian dan Pegawai Perhubungan Sekolah

Tarikh : 03/01/2017 (Selasa)
Pegawai PPD : Tuan Haji Bahrudin bin Sulaiman
Pegawai PPS : KPL 111562 Saidun bin Che Din

Lawatan hari pertama persekolahan oleh Penyelia Kanan Pendidikan Islam, PPD Kerian Tuan Haji Bahrudin bin Sulaiman bersama Pegawai Perhubungan Sekolah Kopral Saidun bin Che Din. Kerjasama lawatan oleh PPD dan PDRM adalah bagi memastikan sekolah berada dalam keadaan yang selamat sebelum sesi persekolahan bermula.







Edited by : SAMAWATDDA


Isnin, 6 Februari 2017

Pelancaran Program " ya ayuhal walad tafaqqah fiddin "

Pelancaran Program " Ya ayuhal walad tafaqqah fiddin " telah disempurnakan oleh Pengetua SAMAWAT pada pagi Jumaat 3/2/2017 selepas majlis bacaan yasin mingguan.
Antara objektif program ini ialah bagi mendedahkan kpd para pelajar cara pengajian kitab turas disamping memperluaskan skop dan teknik pembelajaran bidang agama. Cara ini juga diharap dapat menerapkan adab adab belajar terhadap murid murid SAMAWAT agar mengjadi insan yg sentiasa menghormati guru.




Narrated by Azmi bin Othman

JOM KE SEKOLAH

Tarikh : 06/02/2017 (Isnin)
Nama Perasmi : Tuan Haji Bahrudin bin Hj Sulaiman 
                         (Penyelia Kanan Pendidikan Islam, PPD kerian)
Nama Pegawai PDRM : Inspektor Mohd Nurul Izwan bin Rahim (IPD Bagan Serai)


Program Jom ke Sekolah merupakan inisiatif kerajaan dalam pendidikan menerusi BOS. Kolaborasi antara KPM dan PDRM dalam program Jom ke Sekolah ini diharap dapat membantu mengurangkan masalah disiplin terutama ponteng sekolah.
SAMAWAT menyambut baik hasrat murni ini dengan mengadakan pelancaran Jom ke Sekolah sekaligus menyampaikan watikah kepimpinan murid pada pagi ini 6/2/2017 Isnin serentak seluruh negara.
Program in dilancarkan oleh us. Hj.Baharuddin bin Sulaiman




Narrated by Azmi Othman





Sabtu, 4 Februari 2017

MESYUARAT AJK PIBG KALI 3

Mesyuarat PIBG telah menetapkan tarikh MAT PIBG pada 3 Mac 2017 Jumaat, sehubungan itu mesyarat khas MAT akan diadakan pada 23/2/2017 khamis jam 3.00pm.
semoga PIBG bergerak cemerlang dlm sebagai badan sokongan bg SAMAWAT.

narrated by . Miaz Manoth


Jumaat, 3 Februari 2017

TAJAAN BUKU LATIHAN/KERJA SAINS PT3

Tarikh  : 3 Februari 2017 (Jumaat)
Masa    : 11.15 pagi
Tempat : Bilik Gerakan SAMAWAT

SMA Shamsul Maarif Al-Wataniah telah menerima tajaan buku latihan/kerja Sains PT3 untuk semua murid Tingkatan 3 daripada pihak Koperasi Masjid Seri Ampangan, Nibong Tebal atau lebih dikenali sebagai Masjid Putih. Sumbangan disampaikan oleh wakil pihak koperasi iaitu Dr. Mohamad Sukeri Khalid dalam satu majlis ringkas. Turut menerima sumbangan ialah SMA Al-Falah dan SMA Al-Hidayah yang diwakili oleh Cikgu Siti Taqwiah bt Ghazali dan Cikgu Nur Sakinah bt Kamarudin.

Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Koperasi Masjid Seri Ampangan di atas tajaan ini. Buku-buku latihan/kerja ini akan dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya dan semoga ianya dapat menjadi pemangkin dalam meningkatkan prestasi calon PT3 terutamanya dalam matapelajaran Sains.

Pengetua SAMAWAT dan Dr. Mohamad Sukeri Khalid

Wakil SMA Al-Hidayah

Wakil SMA Al-Falah

Wakil SAMAWAT