Rabu, 20 Julai 2022

PROGRAM MALAYSIA FUTURE LEADERS SCHOOL (MFLS) KOHORT 10 TAHUN 2022

Tarikh : 18 hingga 21 Julai 2022

Masa : 2.00 petang hingga 6.00 petang

Flatform : Zoom Meet (Kem Wawasan Negara Ulu Kenas)

Jumlah peserta : 15 orang pelajar

Anjuran : Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) peringkat SAMAWAT bagi kohort 10 tahun 2022

Penyelaras : En. Muhd Faisal bin Hassan (GBK)

Senarai Peserta MFLS kohort 10 /2022 



















PROGRAM PEMANTAPAN IMAN & SENTUHAN KALBU PELAJAR SAMAWAT

Tarikh : 15 Julai 2022 (Jumaat)
Masa : 6.30 petang hingga 10.30 malam
Tempat : Dewan Utama Sekolah

Penyelaras : En. Muhd Faisal bin Hassan (GBK)
Penceramah : Ustaz Muhammad Fadhli bin Abd Rahim & Kumpulan New Fast
Disempurnakan oleh : Tn. Hj. Mohamad Sharif bin Mat Nayan (YDP PIBG)

Pendahuluan
Alhamdullilah, perjalanan Program Pemantapan Iman & Sentuhan Kalbu berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang. Program dibawah unit Kaunseling dengan kerjasama unit HEM sentiasa dirancang dengan sokongan PIBG.

Matlamat
Berusaha melahirkan insan yang bertanggungjawab berdisiplin, berilmu, beramal dan bertakwa serta matang dalam menangani cabaran global.

Objektif 
1) Melahirkan murid yang boleh memuhasabah diri, menyedari pentingnya hidup bersahsiah dan bertingkahlaku berasaskan agama
2) Meningkatkan kekuatan diri secara rohani dan jasmani.
3) Bersedia menghadapi cabaran akidah dari segi berbagai aspek dalam persekitaran kehidupan.

Tentatif Program 
6.30 petang  : Berkumpul di dewan sekolah
7.00 malam  : Taklimat
7.30 malam  : Solat Maghrib Berjemaah
8.00 malam  : Program Sentuhan Kalbu
10.30 mlm    : Solat Isyak Berjemaah & bersurai

Kos Keseluruhan : RM230.00











Khamis, 14 Julai 2022

HARI BELIA NEGARA (HBN) PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2022

Tarikh : 15 Julai 2022 (Khamis)

Masa : 10.00pagi

Tempat : Dewan Utama Sekolah

Penyelaras : Ustaz Muhammad Muhaimin bin Mustapai

Acara Majlis :

1) Bacaan Perutusan daripada Kementerian Belia & Sukan

2) Ikrar Belia (diketua oleh pelajar : Sahmi Hadi bin Zamzuri/4IM)

Matlamat Hari Belia Negara (Umur 13-30 tahun):

Memberi kesedaran akan peranan dan tanggungjawab warga belia yang bertambah besar serta mewujudkan semangat cintakan Negara.

Objektif Program:

1) Penghargaan dan Pengiktirafan kepada golongan belia.

2) Memberi semangat dan meningkatkan kesedaran dikalangan belia bahawa belia masih diberi perhatian oleh kerajaan.

3) Menaikkan semangat kecintaan dan patriotisme dikalangan belia dengan menyumbang kepada pembangunan negara.

4) Menyediakan flatform stretegik kepada pemegang taruh untuk menyumbang kepada pembangunan belia.










PERJUMPAAN BADAN BERUNIFORM SEKOLAH (KRS) KALI KE-4 : TEKNIK MEMASANG KEHMAH

Tarikh : 14 Julai 2022 (Rabu)

Masa : 3.00 petang hingga 5.30 petang

Tempat : Dewan Utama Sekolah

Platun yang terlibat : Plantun 1 hingga 6

Tentatif Program KRS :

1) Taklimat oleh penyelaras

2) Teknik pemasangan kehmah

3) Pertandingan pemasangan kehmah

4) Jamuan ringkas Hari Raya Aidiladha








JAMUAN MAKAN PULUT DURIAN

Tarikh : 30 Jun 2022 (Khamis)

Masa : 2.30 petang

Tempat : Kantin sekolah









DIALOG PRESTASI SPM 2022/2022

Tarikh : 30 Jun 2022 (Khamis)

Masa : 9.00pagi hingga 12.00 tengahari

Tempat : Bilik Gerakan Sekolah

Guru terlibat :

1) Pengetua

2) Barisan Pentadbir

3) Guru-guru Mata Pelajaran Tingkatan 5 sesi 2022/2023

  • MP Teras : Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains & Sejarah)
  • MP DINI Tulen : LAM, Usuluddin, Syariah, Adab wal Balaghah & Mantik)

Target SPM 2022/2023 : 5.00

Fokus : 

1) Menganalisis keseluruhan 10 mata pelajaran yang ditawarkan kepada calon

2) Merumus kekuatan dan kelemahan secara keseluruhan.

3) Menyediakan program dan intervensi khas yang bersesuaian kepada calon yang cemerlang & lemah.

4) Mensiapsiagakan guru-guru tingkatan lima dengan perancangan yang lebih tersusun.








PERJUMPAAN MENTOR-MENTEE / USRAH BIL. 3 SESI 2022/2023

Tarikh : 24 Jun 2022 (Jumaat)

Masa : 12.00 tengahari hingga 12.30 tengahari

Tempat : Lokasi masing-masing

Penyelaras : Unit Bimbingan dan Kaunseling SAMAWAT

Matlamat & Objektif : 

1) Melahirkan pelajar yang mampu menguruskan isu-isu psikologi dengan bijak dan berkesan serta bertanggungjawab terhadap akademik, berdisiplin dan mempunyai keperibadian yang baik.

2) Memudahkan pemantauan perkembangan akademik para pelajar (mentee) dibuat bagi mencapai sasaran yang diinginkan.

3) Membantu dan membimbing para pelajar (mentee) mengesan potensi diri dan meningkatkan kemahiran insaniah bagi mencapai kejayaan cemerlang dalam akademik dan pembangunan sahsiah.

4) Mewujudkan hubungan silaturahim antara pelajar (mentee) dengan mentor/murabbi (guru).






Jumaat, 8 Julai 2022

SAMBUTAN ULANG TAHUN KELAHIRAN GURU/STAF & MURID (JUN & JULAI)

"Program Amalan Guru Penyayang"

Tarikh : 8 Julai 2022 (Jumaat)

Tempat : Dewan Utama Sekolah

Sasaran : Guru/Staf & Murid yang lahir bulan 6&7

Disempurnakan oleh : Tuan Haji Mohd Suhaimi bin Ismail

Penyelaras : En. Muhd Faisal bin Hassan (GBK)

Pendahuluan 

Alhamdulillah, sambutan ulang tahun kelahiran guru/ staf diadakan sekali dengan murid bagi bulan Jun & Julai. Antara guru/staf yang diraikan:

Bulan Jun

1) Ustaz Azmi bin Othman (PK 1)

2) Pn. Hjh. Rohizah bt Hj. Bawi (PK HEM)

3) Pn. Alwiah bt Mat Rashid

4) Pn. Nur Habibah bt Yusof

Bulan Julai

1) Ustaz Ahmad Kamal bin Mohd Ali

2) Pn. Shahidawati bt Osman

3) Ustazah Saodah bt Mastor