Sabtu, 25 Jun 2016

Program Bacaan Yassin dan Tahlil sempena Perayaan Hari Guru Daerah Kerian 2016

Tarikh : 23 Jun 2016
Tempat : Masjid Jamek Sungai Dungun
Masa : 6.00 petang

Pada 23 Jun 2016 iaitu pada hari khamis, Pejabat Pendidikan Daerah Kerian dengan kerjasama daripada pelbagai pihak telah mengadakan Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil sempena Perayaan Hari Guru peringkat Daerah Kerian bagi tahun 2016. Majlis berjalan dengan lancar dimulakan dengan pendaftaran bagi jemputan yang hadir. Bacaan Yassin bermula pada jam 6.30 petang & diikuti Tahlil. majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada pegawai Pendidikan Daerah Kerian dan seterusnya ucapan oleh YB Dato' Sham bin Mat Samat, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Alor Pongsu dan seterusnya majlis berbuka puasa dan solat maghrib. Selepas solat maghrib, majlis bersurai. 

Terima kasih kepada warga SAMAWAT yang hadir iaitu, En. Muhd Faisal bin Hassan, Ustaz Zahran bin Saad & Ustaz Abd Malik bin Hashim serta terima kasih kepada Tuan Pengetua (Tn. Hj. Nor Azam bin Abdullah) yang terlibat secara tidak langsung bagi memastikan wakil dari SAMAWAT hadir menyerikan lagi majlis ini.


Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil


Ucapan daripada YB Dato' Sham bin Mat Samat, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Alor Pongsu
Pihak NGO yang turut hadir 

Tetamu Kehormat (YB Adun Alor Pongsu & Pegawai-pegawai daripada PPD Kerian

Majlis penyampaian Cenderahati daripada pihak PPD Kerian kepada Pengerusi Jawatankuasa Masjid Jamek Sungai Dungun

Sekalung Penghargaan :

1) Yang Berhormat YB Dato' Sham bin Mat Samat, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Alor Pongsu
2) Pengerusi dan Jawatankuasa Masjid Jamek Sungai Dungun, Kuala Kurau, Perak.
3) Pegawai-pegawai daripada Pejabat Pendidikan Daerah Kerian, Perak.
4) Majlis Pengetua-sekolah Menengah dan Rendah Daerah Kerian, Perak.
5) Jawatankuasa Guru Muda 1 Malaysia Daerah Kerian, Perak

Edited by : Ibnu Hashim

1 ulasan: