Tarikh : 2 & 3 Januari 2016 (Sabtu & Ahad)
Tempat : Dewan Tuan Haji Noh SAMAWAT
Program Orentasi Murid Tingkatan Satu bagi sesi 2016 SAMAWAT telah dijalankan kepada murid baru yang tingkatan satu yang akan memulakan sesi persekolahan bagi tahun 2016. Program ini yang diselaras oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Hal Ehwal Murid diselia oleh En. Muhd Faisal bin Hassan selaku guru bimbingan dan kaunseling bersama Ustaz Suhaimi bin Mohamad selaku Guru Dini yang merangkap sebagai warden asrama aspura.
Program yang dijalankan sepanjang dua hari ini dilengkapkan dengan pelbagai slot khas kepada murid baru seperti sesi suai kenal, ice breaking, Latihan Dalam Kumpulan (LDK), explorace, taklimat disiplin dan asrama dan bermacam lagi. Bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar, bantuan daripada beberapa pelajar senior turut bersama-sama sepanjang program ini berjalan sehingga mencapai matlamat yang diinginkan. Sekitar gambar-gambar sepanjang program ini berjalan:
|
Sekitar sesi pendaftaran murid baru di asrama |
|
Antara aktiviti yang disediakan |
|
Sekitar majlis penutup oleh PK HEM |
|
Taklimat oleh guru disiplin dan warden asrama
|
Edited by : Muhd Faisal bin Haji Hassan (http://faisalextrovert.blogspot.my/)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan