Khamis, 28 Disember 2017

TEMUDUGA KEMASUKAN TINGKATAN 6 (STAM) 2018

Tarikh : 28/12/2017
Hari : Khamis
Masa : 9.00 pagi
Tempat : SMA Shamsul Maarif Al-Wataniah

Pada tahun 2018,SAMAWAT akan menubuhkan kelas bagi Tingkatan 6 (STAM) selari dengan aliran sekolah yang mengguna pakai aliran Dini Tulen.Tawaran ini terbuka kepada semua pelajar aliran agama yang berminat untuk menyambung pelajaran dalam bidang pengkhususan agama.

Tempoh permohonan dibuka bermula pada 20/9/17 sehingga 22/12/17.Seramai 60 borang permohonan yang telah diterima oleh pihak sekolah.Justeru, ujian saringan telahpun dijalankan pada tarikh yang ditetapkan bagi memilih calon yang berkelayakan.Kaedah ujian dibuat secara syafawi (lisan)  yang mana memfokuskan pada bacaan Alquran & Bahasa Arab.

Taklimat ujian daripada Ust Azmi (PK1)

Panel bahagian Alquran,Ustaz Hatta Rahim

Temuduga Bahasa Arab bersama Ustaz Azmi

Panel ke-2 Bahasa Arab,Ustazah Nurtaqiah