Rabu, 30 Januari 2019

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LADAP) BIL. 1 TAHUN 2019

Tarikh : 29 Januari 2019 (Selasa)
Masa : 2.30pm hingga 4.30pm
Tempat : Bilik Gerakan SAMAWAT
Tajuk : PENGURUSAN FAIL (Senarai Semak Fail Panitia)
Nama Penceramah : Ustaz Azmi bin Othman (PK Pentadbiran)

PENDAHULUAN

Alhamdulillah, dalam usaha memberi latihan dalam perkhidmatan kepada guru-guru, LADAP bilangan pertama tahun 2019 telah dijalankan berfokuskan kepada aspek Pengurusan Fail. Senarai semak diedarkan kepada semua guru-guru dalam menyusun kandungan bahan yang perlu ada agar segala maklumat dapat dilengkapkan dan tidak masalah sekira berlakunya pemantauan oleh pihak PPD, SPI mahupun pihak KPM. 

OBJEKTIF

  • Membantu guru sentiasa peka terhadap maklumat dalam fail.
  • Menjadikan guru SAMAWAT lebih sistematik dalam Pengurusan Fail.
  • Membantu menyediakan khidmat bantu ajar kepada guru agar segala maklumat yang terkini sentiasa dipantau.
  • Memastikan guru SAMAWAT sentiasa berkerja dalam pengurusan yang lebih sistematik dalam semua bidang.
Taklimat awal oleh Tuan Pengetua


Pembentangan oleh PK Pentadbiran


PENUTUP

Diharapakan segala yang telah dirancang berjalan dengan lancar dalam memastikan Pengurusan Fail di SAMAWAT dititikberatkan.

Isnin, 28 Januari 2019

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH & PSS SESI 2019

Tarikh : 28 Januari 2019 ( Isnin )
Masa : 7.30 - 8.10 pagi
Tempat : Dewan SAMAWAT

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi,pada 28 Januari 2019 Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber SMA Shamsul Maarif al Wataniah bagi sesi 2019 telah berjalan dengan jayanya. Program yang bermula tepat jam 7.30 pagi, di dewan terbuka SAMAWAT ini turut dihadiri oleh Tuan Inspektor Mohd Najib bin Mohd Hanafi, Pegawai Bahagian Siasatan Dadah Dan Narkotik IPD Kerian yang juga selaku Pegawai Perhubungan Sekolah. Seramai 24 orang pengawas sekolah dan 17 orang pengawas pusat sumber telah dipilih dan berikrar untuk terus komited dengan taklif dan tasyrif amanah yang diberikan oleh pihak sekolah.

Ust. Muhamad, Tuan Pengetua SAMAWAT menyampaikan kata alu-aluan.

Tuan Inspektor Mohd Najib bin Mohd Hanafi, Pegawai Bahagian Siasatan Dadah dan Narkotik IPD Kerian, selaku juga Pegawai Perhubungan Sekolah menyampaikan amanat beliau.

Gimik Majlis Penyampaian Watikah Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber SAMAWAT bagi sesi 2019 telah berjaya disempurnakan oleh Tuan Inspektor Mohd Najib bin Mohd Hanafi diiringi oleh Tuan Pengetua, Ust Muhamad bin Abdullah.


Pegawai Perhubungan Sekolah, Tuan Inspektor Mohd Najib bin Mohd Hanafi menyampaikan watikah kepada adik Sharifudin.

Barisan Pengawas SAMAWAT sedang berikrar.

Sesi foto, Pengawas Sekolah SAMAWAT bagi sesi 2019.

 Pengawas Pusat Sumber SAMAWAT bagi sesi 2019.



CERAMAH MOTIVASI MATLAMAT DAN HALA TUJU STAM

TARIKH : 25 JANUARI 2019
HARI : JUMAAT 
MASA : 9.00 - 11.00 pg

Penceramah:- Ustaz Nordin Bin Abdul Rahman
                      - Guru STAM SMA Al-Falah

Objektif:- Memberi penerangan kepada pelajar tentang matlamat dan hala tuju STAM.
               - Memberi pendedahan tentang bidang pengajian di peringkat sarjana muda.
              - Memberi pendedahan tentang universiti awam dan luar negara.
              - Membantu pelajar menetapkan target dan matlamat mereka.

Ust Roslan (PK STAM) menyampaikan cenderahati kepada Ust.Nordin


Penerangan yang jelas daripada Ust.Nordin

Pelajar-pelajar tekun mendengar penerangan

Pelajar-pelajar memberi kerjasama yang baik sekali

Sabtu, 26 Januari 2019

1 MURID 1 SUKAN (1M1S) BILANGAN 1/ 2019

Tarikh : 26 Januari 2019 (Sabtu)
Masa : 8.00am hingga 10.00am
Tempat : Sekolah SAMAWAT


PERJUMPAAN MENTOR-MENTEE/ USRAH BIL.1 TAHUN 2019

Tarikh : 25 Januari 2019 (Jumaat)
Masa : 12.05 hingga 12.45 t/hari
Sasaran : Murabbi seramai 22 orang (guru), Naqib seramai 22 orang (6 STAM) dan semua mentee yang terdiri daripada pelajar sekolah (ting1-5)

Mukaddimah

Alhamdulillah...
Syukur kepada Allah swt kerana dipermudahkan segala perjalanan dibawah Program Amalan Guru Penyayang peringkat SAMAWAT bagi sesi 2019 iaitu perjumpaan mentor-mentee/ Usrah bilangan pertama. Kerjasama daripada semua Murabbi (guru) dalam memastikan perjalanan majlis ini berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang diinginkan.







Khamis, 17 Januari 2019

PENYERAHAN SLIP/ SIJIL KEPUTUSAN STAM 2018

TARIKH : 17 JANUARI 2019
HARI : ISNIN
MASA : 10.00 am

Alhamdulillah,keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) batch pertama 2018 telahpun diumumkan oleh pengetua pada tarikh 17/1/19.Seramai 24 calon telah menduduki peperiksaan pada tahun lepas.3 daripadanya mendapat pangkat Jayyid dan 2 mendapat pangkat Maqbul.Tahniah diucapkan kepada pelajar atas usaha yang telah ditunjukkan.

Arif fikri mendapat pangkat Jayyid

Ahmad Nadhrullah mendapat pangkat Jayyid

Talha mendapat pangkat Maqbul

Fatin mendapat pangkat Maqbul

Tahniah dan Syabas kepada semua pelajar STAM 2018

Isnin, 14 Januari 2019

PELANCARAN PROGRAM SUMUR DAN MULHAQ SESI 2019

Tarikh : 14 Januari 2019 (ISNIN)
Masa : 7.30am-8.30am
Tempat : Dewan SAMAWAT
Penyelaras : Ustaz Mohd Suhaimi bin Mohamad
Perasmi : Disempurnakan oleh Ustaz Muhamad bin Abdullah (Pengetua SAMAWAT)

TAJUK:

MAJLIS PERASMIAN SUMUR & MULHAQ PERINGKAT SEKOLAH BAGI TAHUN 2019

OBJEKTIF

1) membentuk sahsiah pelajar secara berterusan
2)  pembangunan sahsiah yang mantap melahirkan pelajar yang cemerlang
3) membudayakan nilai dan sifat terpuji dalam kehidupan seharian

 TENTATIF PROGRAM

7.20 pagi   : Semua guru dan murid berkumpul didataran perhimpunan.
7.25 pagi   : Ucapan aluan pengerusi.
                   : Alunan Asma Al-Husna, Nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Perak
                   : Laporan guru bertugas.
7.30 pagi  Ucapan perasmi (Pengetua SAMAWAT)
                   : Gimik Perasmian Program SUMUR & MULHAQ 2019 (Montaj)
8.30 pagi : Penutup /bertugas
                 

GAMBAR


barisan pentadbir dan guru-guru


ucapan perasmian pengetua SAMAWAT



gimik pelancaran


ucapan penyelaras program

PERTANDINGAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2019

Tarikh : 12 Januari 2019 (Sabtu)
Masa : 7.30 pg -12.00 tengah hari,


Alhamdulillah, merentas desa peringkat sekolah pada tahun ini telah dilaksanakan dengan jayanya.Jarak track larian sejauh 8 kilometer telah berjaya diharungi oleh pelajar-pelajar SAMAWAT.

Sesi memanaskan badan

Ust.Azmi mengetuai sesi memanaskan badan


Pelepasan pelajar lelaki oleh Pengetua

Pelepasan pelajar perempuan

Check Point

Berlari sambil bergembira

Sesi penyampaian hadiah kepada pemenang







PELANCARAN PROGRAM AHYUL WALAD SESI 2019

Tarikh : 11 Januari 2019 (JUMAAT)
Masa : 7.30am-8.30am
Tempat : Dewan SAMAWAT
Penyelaras : Ustaz Mohd Suhaimi bin Mohamad
Perasmi : Disempurnakan oleh Ustaz Muhamad bin Abdullah (Pengetua SAMAWAT)

TAJUK:

MAJLIS PERASMIAN AYUHAL WALAD PERINGKAT SEKOLAH BAGI TAHUN 2019

OBJEKTIF

1) membentuk sahsiah pelajar secara berterusan
2)  pembangunan sahsiah yang mantap melahirkan pelajar yang cemerlang
3) membudayakan nilai dan sifat terpuji dalam kehidupan seharian

 TENTATIF PROGRAM

7.20 pagi   : Semua guru dan murid berkumpul didataran perhimpunan.
                    : Bacaan Yassin, Mulhaq & Tazkirah
7.25 pagi   : Ucapan aluan pengerusi.
7.30 pagi  Ucapan perasmi (Pengetua SAMAWAT)
                   : Gimik Perasmian Program AYUHAL WALAD 2019 (Montaj)
8.30 pagi : Penutup /bertugas   

GAMBAR


ucapan penyelaras program


ucapan perasmian pengetua


ucapan penyelaras program


barisan murid-murid perempuan


barisan murid-murid lelaki


ucapan pengetua

Rabu, 9 Januari 2019

TAKLIMAT PENDAFTARAN PELAJAR STAM SESI 2019

Tarikh : 7 Januari 2019 (Isnin)
Masa : 7.30 pagi
Tempat : SAMAWAT
Ditaklimat oleh : Tuan Pengetua (Ustaz Muhamad bin Abdullah)

Mukaddimah 
 Alhamdulillah, tahun ini sekali lagi pihak sekolah telah meneriman seramai 22 orang pelajar STAM bagi sesi 2019. Tahun ini merupakan kali kedua pihak sekolah menawarkan pengajian pada peringkat STAM dan sambutan yang diberikan oleh lepasan SPM sesi 2018 agak menggalakan. sesi kali ini menerima 7 orang murid lelaki dan 15 orang pelajar perempuan yang datang dari pelbagai latarbelakang persekolahan.

Sekilas tentatif pendaftaran STAM 2019
7.30pagi     : Sesi Pendaftaran
8.30pagi     : Taklimat ringkas
9.00pagi     : Taklimat oleh guru kelas
10.00pagi   : Taklimat oleh HEM
10.30pagi   : Taklimat oleh PK STAM
11.30pagi   : Taklimat oleh Tuan Pengetua
12.00 t/h     : Taklimat oleh Kaunselor
12.30 t/h     : Pengambilan Buku Teks





Isnin, 7 Januari 2019

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM AMALAN GURU PENYAYANG SESI 2019

Tarikh : 7 Januari 2019 (Isnin)
Masa : 7.20 pagi
Tempat : Dewan SAMAWAT
Disempurnakan oleh : Ustaz Muhamad bin Abdullah (Pengetua)

Mukaddimah

Program Amalan Guru Penyayang adalah satu program yang diselia dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang akan dijalankan pada setiap tahun disemua sekolah diseluruh Malaysia. Usaha ini adalah bagi menwujudkan nilai penyayang dan sifat kepedulian guru kepada muridnya. Amalan penyayang perlu diterapkan oleh semua guru agar kemenjadian murid mencapai hasrat Kementerian. 

Maka dengan ini, pihak sekolah dibawah Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Murid (HEM) akan memastikan segala hasrat Kementerian dicapai dengan matlamat dan objektif yang telah digariskan.

Alhamdulillah, segala perancangan bagi program bagi sesi 2019 berjaya dilancarkan dan disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Pengetua SAMAWAT iaitu Ustaz Muhamad bin Abdullah diiringi oleh Puan Hajah Rohizah bt Hj. Bawi (PK HEM) dengan gimik banting dan montaj tayangan yang disediakan. Segalanya berjalan dengan lancar.

Objektif Program
· Menjiwai amalan penyayang adalah budaya sekolah.
· Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah.
· Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah dan Negara.

 Tentatif Program
7.20 pagi   : Semua guru dan murid berkumpul didataran perhimpunan.
7.25 pagi   : Ucapan aluan pengerusi.
                   : Alunan Asma Al-Husna, Nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Perak
                   : Laporan guru bertugas.
7.30 pagi  : Ucapan HEM
                  : Ucapan perasmi (Pengetua SAMAWAT)
                 : Gimik Perasmian Program Amalan Guru Penyayang 2019 (Montaj)
     : Penyerahan sijil dan buku mentor-   mentee kepada penyelaras program. 
8.30 pagi : Penutup /bertugas

Upacan alu-aluan oleh pengerusi majlis

Ucapan oleh PK HEM

Ucapan Perasmian oleh Tuan Pengetua

Gimik Pelancaran

Tayangan Montaj AGP 2019

Penyerahan Sijil Lantikan Mentor/ Buku Rekod bagi mentor-mentee/ Usrah sesi 2019