Isnin, 29 Julai 2019

KEM GEMILANG SAMAWAT 2019 (SPM & STAM)

Calon SPM dan STAM 2019

Tarikh : 26 hingga 28 Julai 2019 (Jumaat dan Ahad)
Tempat : Infra Chalet Resort, Kuala Gula Sanctury, Kuala Kurau, Perak
Sasaran : 12 orang calon STAM dan 26 orang calon SPM 2019

Mukaddimah
Alhamdulillah, setelah 3 hari 2 malam berkampung di Infra Chalet Resort, Kuala Gula bagi Program Kecemerlangan Akadmik (PKA) iaitu Kem Gemilang SAMAWAT melibatkan calon SPM dan STAM seramai 38 orang maka berakhirlah program Out Door yang melibatkan calon SPM dan STAM bagi tahun ini. Bagi calon SPM, kem ini melibatkan semua iaitu 10 mata pelajaran (MP) bagi bengkel dan teknik menjawab soalan.
Manakala bagi calon STAM, aktiviti menghafal atau tasmiq dijalankan di dewan dan diselia oleh guru MP STAM.
Bengkel dan teknik menjawab SPM menampilkan guru pakar yang dijemput khas oleh guru MP masing-masing kecuali bagi mata pelajaran Matematik dan LAM. Bengkel ini juga bertujuan bagi ruang kepada calon-calon merehatkan minda mereka dalam suasana yang lebih tenang, kondusif disamping dengan gaya pembelajaran yang lebih santai tetapi berkesan.
Seterusnya, calon-calon SPM dan STAM akan terus diberikan perhatian dalam Kelas Bimbingan Kasih (Kelas Tambahan) pada setiap minggu agar mereka terus diberikan bekalan yang mencukupi bagi menghadapi SPM dan STAM dalam masa terdekat ini.














Sebahagian daripada Bengkel Menjawab SPM dan Tasmiq STAM 2019

Tuan Pengetua bersama dengan calon STAM
Tuan Pengetua bersama dengan calon SPM
Majlis Penutup dan ucapan kata-kata semangat oleh Tuan Pengetua

Penutup
Diharapkan dengan bengkel menjawab SPM dan STAM mahupun Kelas Bimbingan Kasih (Kelas Tambahan) Program dan aktiviti yang lain dipermudahkan segala urusan dan semua anak-anak SAMAWAT memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam SPM dan STAM bagi tahun 2019. Amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan