Rabu, 10 Julai 2019

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB STAM 2019

Tarikh : 5-7 Julai 2019
Tempat : SABK Al-Falah Parit Haji Wahab, Tanjung Piandang, Perak
Anjuran : SABK Shamsul Maarif Al-Wataniah, Tanjung Piandang, Perak.
Sasaran : Melibatkan 4 buah sekolah di zon utara, kerian

Mukaddimah
Alhamdulillah, bengkel teknik menjawab STAM bagi tahun 2019 berjaya dijalankan dengan jayanya melibatkan hampir semua mata pelajaran. Program ini melibatkan 4 buah sekolah di zon utara, kerian yang berlangsung selama 3 hari 2 malam bertempat di SABK Al-Falah. Penceramah-penceramah jemputan turut diundang bagi berkongsi tips dan ilmu yang berguna kepada hampir 100 orang calon bagi menghadapi STAM bagi tahun ini.

Harapan
Semoga dengan bengkel ini mampu memberikan pelajar satu ilmu dan pengalaman yang berguna bagi mempersiapkan diri menghadapi STAM yang sebenar kelak. Kerjasama daripada semua pihak dalam mengabungkan 4 buah sekolah merupakan salah satu kaedah yang menarik dan boleh dilakukan pada setiap masa.


Sesi Pendaftaran Pelajar








Antara Kolekasi gambar sekitar bengkel menjawab STAM 2019 berlangsung

Tiada ulasan:

Catat Ulasan