Masa : 8.30pagi hingga 10.00pagi
Tempat : Dewan Perdana SAMAWAT
Sasaran : Semua pelajar SAMAWAT
Penceramah : Muhammad Farhaan bin Rahmat (Farhaan Rahmat Training Consultant)
Mukaddimah
Alhamdulillah, selesai sudah program ceramah yang bertajuk "Cemerlang atau Kecundang" yang disampaikan oleh Muhammad Farhaan bin Rahmat daripada Farhaan Rahmat Training Consultant, Sungai Petai, Kedah.
Kecemerlangan dalam kerjaya dan dunia materialistik sering menjadi
idaman semua orang dewasa ini. Namun demikian dalam mengejar kecemerlangan,
para pelajar sering kali terlupa bahawa aspek keberkesanan dan kualiti dalam
akademik telah dipinggirkan dan tidak diambil perhatian. Kebanyakan daripada
pelajar kurang menitikberatkan bagaimana ingin menjadikan kemahiran-kemahiran
belajar yang sistematik dan konsisten. Oleh yang demikian, Program ini
dirancang untuk membantu memperkukuhkan tahap pencapaian akademik para pelajar
di sekolah ini.
Matlamat
Program ini dijalankan bagi membantu meningkatkan kesedaran para
pelajar untuk menguasai teknik-teknik dan kemahiran dalam pembelajaran. Selain
itu, program ini dapat juga memberi pendedahan dan garis panduan untuk menjadi
pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Penyampaian Cenderahati oleh pihak sekolah (PK HEM) kepada penceramah |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan