Hari: Jumaat - Ahad
Tempat: Universiti Sains Malaysia, Kampus Kejuruteraan USM Nibong Tebal, Pulau Pinang
Pelajar STAM 2018 merupakan generasi pertama yang akan menduduki peperiksaan di SAMAWAT tahun ini.Bagi mengorak langkah kecemerlangan sulung untuk tahun ini,satu bengkel teknik menjawab telah pun dianjurkan bersama Koperasi Masjid Nibong Tebal,Desasiswa Jaya Lembaran Utama, dengan kerjasama SMA Al-Ahmadiah Al Ijtimaiah (SABK) & Madrasah Irshad Al Ashraf Al Wataniah.
Antara objektif bengkel ini diadakan ialah:-
1) Membaiki gred purata mata pelajaran (GPMP) dengan meningkatkan pencapaian dalam semua subjek STAM.
2) Membantu pelajar mendapat skor markah yang tinggi dalam peperiksaan STAM.
3) Memberi pendedahan kepada pelajar STAM akan realiti kehidupan alam kampus.
Hasil daripada bengkel tersebut, para pelajar telah mendapat banyak input yang berguna untuk mereka sebagai persediaan awal untuk menghadapi peperiksaan sebenar nanti.Banyak kaedah dan teknik telah didedahkan oleh pakar setiap bidang dalam bengkel tersebut.Pelajar-pelajar juga berasa seronok dengan modul dan aktiviti yang telah dijalankan oleh fasilitator yang terdiri dalam kalangan mahasiswa.Semoga program sebegini dapat diteruskan lagi untuk kecemerlangan STAM.
Teknik menjawab bagi subjek Nahu Sarf |
Para Pelajar begitu fokus menimba ilmu |
Latihan menjawab soalan |
Pelajar seronok dengan aktiviti yang diadakan |
Pengarah program,Prof.Madya Dr.Shukri sempat berswafoto dengan Us.Roslan (PK STAM) |
Ucapan aluan Pengarah Program semasa majlis penutup |
Us.Roslan menerima sijil penghargaan daripada pihak penganjur |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan