Isnin, 30 April 2018

PERJUMPAAN MENTOR MENTEE/ USRAH BIL.4/APRIL 2018

Tarikh : 27 April 2018 (Jumaat)
Masa : 12.05 t/hari hingga 12.35 t/hari
Sasaran : Semua murid tingkatan 1 hingga STAM
Mentor : Semua Guru-guru termasuk Tuan Pengetua/barisan pentadbir seramai 23 orang
Naqib : Terdiri daripada semua pelajar STAM
Lokasi : Telah ditetapkan oleh mentor masing.
Elemen SUMUR : BUDI BAHASA

Mukaddimah
Alhamdulillah, pada bulan april 2018, sekali lagi UBK dengan kerjasama dengan semua guru-guru dan murid berjaya mengadakan perjumpaan mentor-mentee/ usrah untuk kali ke-4 pada bulan april tahun 2018. Pada tahun ini, kolaborasi bersama dengan unit SUMUR, naqib-naqib daripada tingkatan enam (STAM) dilatih untuk mengendalikan murid-murid yang lain sebagai fasilitator. Bersama-sama dengan modul yang dibekalkan, penyampaian naqib dalam mengendalikan kumpulan kecil ini mencapai objektif yang diinginkan dan dibantu oleh mentor (guru). 

Pada setiap bulan perjumpaan ini akan diadakan dimana setiap 4 bulan, guru-guru akan diedarkan borang soal selidik yang dibekalkan oleh unit SUMUR untuk melibat tahap penglibatan murid-murid dalam beberapa aspek yang telah ditetap.











Gambar-gambar sekitar perjumpaan bersama mentee
Diharapkan program ini sentiasa menjadi perhatian guru-guru dalam fokus penghargaan kepada murid-murid mencapai matlamat dan objektif yang diinginkan dalam program amalan guru penyayang yang dilancarkan setiap tahun disemua sekolah di Malaysia. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan