Jumaat, 27 April 2018

PROGRAM TAHBIB AL-LUGHAH AL-ARABIAH

PROGRAM TAHBIB AL-LUGHAH AL-ARABIAH 2018

Program ini telah diadakan pada ketentuan berikut:
Tarikh: 14 APRIL 2018 (Sabtu).
Masa: 8.00 pagi hingga 12.00 tgh.

Bagi merealisasikan hasrat pihak sekolah (SAMAWAT) untuk memperkasakan penguasaan Bahasa Arab pada tahun ini, Persatuan Bahasa Arab telah merancang untuk mengadakan program “Tahbib Al-Lughah” di peringkat sekolah. Aktiviti dalam program ini adalah hasil cetusan idea Tuan Pengetua (SAMAWAT) bagi semua Kelab dan Persatuan (Bahasa Arab, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik & Sains, Rukun Negara, Tunas Niaga, Kesenian & Kebudayaan dan Pembimbing Rakan Sebaya). Acara yang dipertandingkan ialah:

  • Qiraat Sab’ah
  • KalimatuSobah
  • Hiwar
  • Kalam Jamai’e
Semua pelajar dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima diwajibkan menyertai mengikut Kelab dan Persatuan masing-masing. Guru yang terlibat menyelaras dan memantau perjalanan program ini ialah Ustaz Ahmad Kamal Arrifin bin Mohd Ali dan Ustaz Mohamad Zahran bin Saad. Semua guru dalam kelab dan persatuan masing-masing membantu melatih peserta-peserta sejak sebulan lagi dan seterusnya terlibat menguruskan aktiviti di hari  tersebut. Berikut adalah pemenang dan hakim bagi setiap acara yang dipertandingkan:




BIL
PEMENANG
ACARA
HAKIM
1
1- Muhammad Naim(Rukun Negara)
2-Muhammad Aidil Azry(Seni&Kebudayaan)
3-Nur Rasyidah( Sejarah)
Qiraat Sab’ah
Us.Ahmad Kamal Arrifin
Us. Roslan bin Ramli
Ust. Ruhizah
2
1- Siti Maisarah(Sains&Matematik)
2- Nur Hafizah Hanin(Bahasa Inggeris)
3-MohamadAimanSabran(Seni&Kebudayaan
Kalimatu Sobah
Us Azmi
Us. Malik
Cg. Norzakiah
3
1- Kelab Tunas Niaga
2- Persatuan Bahasa Melayu
3- Kelab Rukun Negara
Hiwar
Ust. Nurtaqiah
Cg. Shahidawati
Us. Murshidi
4
1- Persatuan sains & Matematik
2- Persatuan Bahasa Arab
3- Persatuan Bahasa Inggeris
Kalam Jamai’e
Us. Suhaimi
Ust. Saudah
Cg. Alwiah













Alhamdulillah, program ini amat bermanfaat kerana pelajar dapat melatih diri bercakap bahasa Arab di hadapan khalayak ramai. Di samping dapat menambah ilmu pengetahuan, ia dapat mencungkil bakat terpendam dalam diri pelajar serta dapat mengenal pasti pelajar yang boleh mewakili sekolah ke peringkat daerah dalam pertandingan Majlis Ihtifal Sekolah-Sekolah (MISS) yang akan diadakan pada 12 Mei 2018 nanti, seterusnya dapat mengharumkan nama sekolah.  


Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang telah diadakan pada perhimpunan rasmi pagi 16 April 2018 (Isnin) di dewan terbuka SAMAWAT yang telah disampaikan oleh Tuan Pengetua Ustaz Muhamad bin Abdullah.

Disediakan oleh: 
Us. Ahmad Kamal Arrifin bin Mohd Ali
Pen. Penyelaras Program


Tiada ulasan:

Catat Ulasan