Tempat : Dewan Terbuka SAMAWAT
Perasmi : Us. Muhamad bin Abdullah (Pengetua)
PENGENALAN
Tujuan pelaksanaan Program Amalan Guru
Penyayang, Mentor-mentee dan Amalan 3S (Senyum,Sapa,Salam) adalah
bertujuan agar guru-guru sentiasa mengamalkan dan membudayakan sikap penyayang
di sekolah sebagai amalan yang berterusan pada setiap hari apabila berhadapan
dengan murid-murid khususnya.
Tujuannya juga adalah bagi menerapkan
konsep bahawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi, dan
bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru
Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern)
terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters)
dengan cara mengamalkan nilai kasih saying, bersikap mesra, mengambil berat,
berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, perihatin dan sabar.
OBJEKTIF PROGRAM
- Menjiwai amalan penyayang dan 3S iaitu (senyum,sapa dan salam) adalah budaya guru dan murid.
- Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah
- Menyedari bahawa setiap murid adalah asset kepada sekolah.
- Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah.
SASARAN
- Semua murid dan guru SAMAWAT
Gimik pelancaran oleh Tuan Pengetua dengan menandatangani bunting perasmian |
Perasmian oleh Tuan Pengetua (Us. Muhamad) diiringi oleh PK HEM (Pn. Hjh. Rohizah) |
Ucapan Perasmian daripada Ustaz Muhamad Abdullah (Pengetua) |
Ucapan daripada Penyelaras Program "Kaunselor" |
PENUTUP
Diharapkan
semoga program amalan guru penyayang (Mentor-Mentee) dan Amalan 3S
(senyum,sapa,salam) memberi kesan yang positif supaya guru-guru menerapkan
amalan dan membudayakan sikap penyayang di sekolah. Diharap juga agar semua guru
meletakkan pelajar sebagai aset penting kepada sekolah sebagai pemangkin
generasi yang akan datang. Maka nilai-nilai dan sikap penyayang ini perlu
diterapkan pada setiap masa supaya guru-guru memiliki sifat kepedulian (concern)
terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya agar amalan penyayang
merupakan sifat professional guru dalam perhubungan dengan murid, ibu bapa dan
masyarakat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan