Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi (Kelab & Persatuan)
9.00 pagi (Unit Beruniform)
Pada hari sabtu minggu pertama bulan ini,pihak jawatankuasa Kokurikulum telahpun mengatur Mesyuarat Agung kali pertama 2018 bagi kelab & persatuan.Mesyuarat tersebut melibatkan pelajar bersama guru penasihat yang mana bermula pada jam 8.00 pagi.Sebanyak 8 kelab & persatuan yang terlibat.
Selesai sahaja mesyuarat kelab & persatuan,diteruskan lagi dengan mesyuarat agung unit beruniform yang mana pelajar lelaki terlibat dengan Kadet Remaja Sekolah manakala pelajar perempuan terlibat dengan Puteri Islam.
Kehadiran pelajar bagi kedua-dua mesyuarat agung tersebut mencapai 95% dan mesyuarat berjalan dengan lancar.
| Taklimat daripada Cikgu Johari (Penasihat KRS) |
| Pelajar memberikan respon yang baik pada pemilihan jawatankuasa |
| Mesyuarat Puteri Islam |
| Kehadiran pelajar yang memuaskan |
| Mesyuarat kelab dipengerusikan sendiri oleh pelajar |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan