Rabu, 31 Januari 2018

DAURAH MATAN JURUMIAH

TARIKH: 31/1/2018
HARI: RABU
MASA : 9.00 am- 9.00 pm

Daurah Matan Al-Jurumiah telah berjaya dilaksanakan mengikut seperti mana yang telah dijadualkan iaitu pada cuti am sekolah sempena hari Thaipusam. Daurah pada kali ini memfokuskan pada bahasa arab yang mana kitab asas qawaid arab yang telah digunakan iaitu Matan Al-Jurumiah.

Seramai 50 orang pelajar yang terlibat iaitu pelajar tingkatan 4 hingga tingkatan 5. Daurah tersebut bermula pada jam 9 pagi sehingga 9 malam bertempat di Dewan Tuan Guru Hj.Noh. Matan tersebut dikupas sendiri oleh guru-guru SAMAWAT iaitu Ustaz Kamal,Ustaz Azmi, Ustaz Roslan,Ustaz Hatta, Ustazah Saodah dan Ustazah Nurtaqiah.

Daurah tersebut berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama yang baik oleh pelajar dan guru.
Semoga daurah ini dapat memantapkan lagi kemahiran bahasa arab dalam kalangan pelajar.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan