Isnin, 5 Februari 2018

KEM KEPIMPINAN SAMAWAT 2018

Tarikh : 3 Januari 2018 (Sabtu)
Jam : 8.00 am hingga 5.00 pm
Tempat : Dewan Terbuka SAMAWAT

Sasaran : Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua dan Penolong Kelas seramai 48 orang


MUKADDIMAH

Program ini merupakan satu aktiviti yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling
SAMAWAT. Program ini melibatkan 48 peserta yang terdiri daripada pengawas sekolah,
pengawas pusat sumber, ketua dan penolong kelas. Tujuan utama penganjuran kursus ini ialah untuk memberi pendedahan cara membantu pengendalian tugas yang pelbagai kepada perserta sebagai panduan dan bekalan untuk menghadapi cabaran memikul tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin. Oleh yang demikian, program ini khususnya dirancang untuk meningkatkan kemahiran dalam kepimpinan, pengetahuan dan menambah pengalaman serta memantapkan pelajar.

OBJEKTIF PROGRAM

Objektif Program Ini adalah untuk :
  •  Memantapkan pengetahuan sedia ada peserta berkaitan dengan modul program jati diri dan kemahiran peserta.
  • Memupuk nilai - nilai kreatif dan semangat dalam proses melengkapkan diri dengan modul yang pelbagai.
  • Menyemai nilai sumur model SAMAWAT iaitu “EMAS” berteraskan elemen SUMUR iaitu Jati Diri.
  • Membina kepercayaan dan keyakinan pada diri bahawa dengan persediaan yang mantap boleh menjadikan para peserta dapat membantu ke arah peningkatan akademik dan sahsiah.
  • Melalui aktiviti - aktiviti yang telah dirancang ini , dengan harapan akan menyemarakkan rasa komitmen yang tinggi dalam diri setiap para peserta apabila menghadapi tugas yang diamanahkan .
TEMA

“ Jati Diri Penggerak Sahsiah Unggul “ 


Slot Pengurusan Kertas Kerja

Slot Pengucapan Awam (Majlis Rasmi)

Slot Taklimat dan Tugasan Pemimpin

Aktiviti Ubi Kentang

Slot Kapal Karam

Slot Akhir, Tunas Harapan


PENUTUP

Amatlah diharapkan agar program ini dapat memberi pengetahuan dan semangat berterusan kepada peserta dalam melaksanakan tugas sebagai pemimpin di sekolah. Menyedari pentingnya keterampilan dan keunggulan peserta umumnya, serta membentuk sahsiah diri yang mantap dalam kalangan murid SAMAWAT, diharapkan kem ini akan memudahkan dan boleh membantu mereka dalam menjalankan tugasnya dengan dedikasi dan sempurna. Program ini juga diharapkan dapat mencapai objektifnya dan memberi manfaat serta kesan positif kepada semua peserta sebagai bekalan dalam melengkapkan diri untuk menempuh permasalahan pelajar di sekolah yang semakin mencabar



Tiada ulasan:

Catat Ulasan