Khamis, 12 April 2018

MAJLIS PERLANTIKAN AHLI PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) SESI 2018

Tarikh : 9 April 218 (Isnin)
Masa : 7.45pagi
Tempat : Dewan Sekolah
Disempurnakan oleh : Ustaz Azmi bin Othman (PK Pentadbiran)

Majlis perlantikan Ahli PRS bagi sesi 2018 berjalan dengan lancar dan disempurnakan oleh Ustaz Azmi bin Othman (PK 1) melibatkan seramai 14 orang murid kesemuanya. mereka menerima sijili watikah pelantikan dan Buton Batch yang disematkan dibaju masing-masing.
PRS menjadi tulang belakang kepada unit bimbingan dan kaunseling dalam memastikan segala perjalanan dan perkhidmatan berjalan dengan lancar.

Pemilihan ahli PRS dipilih berdasarkan kateria-kateria yang dikehendaki oleh unit B&K dan diharap segala amanah dan kepercayaan yang diberikan dapat dijalankan dengan jayanya. amin










Ikrar oleh Ketua PRS (Muhammad Naim bin Abdullah)

Barisan Ahli PRS yang mengikuti bacaan ikrar

Selasa, 27 Mac 2018

HARI PENETAPAN TARGET SPM 2018, SEMINAR KEIBUPAAN DAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-11 TAHUN 2018

Pada tarikh 16 Mac 2018 (Jumaat) pihak sekolah telah mengadakan program 3 in 1 iaitu :

  • Seminar Keibubapaan, 
  • Penetapan Target PT3, Thanawi dan SPM bag tahun 2018 dan, 
  • Mesyuarat Agung PIBG kali ke-11 tahun 2018
Alhamdulillah, kesemua program yang dirancang ini berjalan dengan lancar bermula dari awal hingga ke akhir program. Kerjasama daripada semua pihak adalah kunci kejayaan dalam menjadikan team SAMAWAT sentiasa berusaha menjadi yang terbaik di daerah Kerian. In Syaa Allah.

Sasaran : Semua ibu bapa dan waris serta para pelajar, AJK PIBG, tetamu VVIP daripada SUK Negeri Perak, JPN, PPD Kerian dan Pejabat Daerah Kerian.


Tarikh : 16 Mac 2018
Hari : Jumaat
Jam : 8.00pagi
Tempat : Dewan SAMAWAT
Dirasmikan oleh : Y.B Dato' Seri Abdul Puhat bin Mat Nayan (SPMP,DPMP,PJN,JMN,KMN,PMP,AMT,PPT)
Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan


Sebelum bermulanya perasmian mesyuarat Agung PIBG kali ke-11 bagi tahun 2018, Seminar Keibubapaan dan Hari Penetapan Target PT3, Thanawi dan SPM tahun 2018 disampaikan oleh Ustaz Azmi bin Othman (PK Pentadbiran) kepada semua murid dan ibu bapa bermula jam 8.00 hingga jam 10.00 pagi. Alhamdulillah, semua yang telah dirancang dipermudahkan oleh Allah swt.

Tepat jam 10.00pagi maka berlangsungnya perasmian bagi Mesyurat Agung PIBG kali ke-11 SAMAWAT bagi tahun 2018 yang dirasmikan oleh Tuan Haji Ahmad Sabli bin bakri (Pegawai Pendidikan Daerah) yang mewakili Y.B Dato' Seri Abdul Puhat bin Mat Nayan (Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan) yang tidak dapat hadir.




Seminar Keibubapaan dan Penetapan Target PT3, Thanawi dan SPM tahun 2018 oleh PK Pentadbiran
(Ustaz Azmi bin Othman)






Barisan tetamu VVIP yang hadir

Penyampaian Cenderamata kepada Tuan Perasmi oleh Tuan Pengetua diiringi oleh YDP PIBG




Persembahan daripada murid


Sekitar majlis menyuarat agung dan majlis perasmian 



Alunan Wahyu oleh murid

Ucapan Perasmian oleh Pegawai Daerah

Ucapan Yang Dipetua PIBG, Ustaz Murad Hussein

Ucapan Tuan Pengetua, Ustaz Muhamad bin Abdullah

Isnin, 26 Mac 2018

PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2017

15 Mac 2018 secara rasmi keputusan SPM 2017 diumumkan.
Alhamdulillah, keseluruhan prestasi SAMAWAT meningkat.
GPS       - 5.09
% Lulus - 100%
Kualiti   - 1 orang 7A
              - 1 orang 6A
              - 2 orang 5A
              - 1 orang 4A
              - 3 orang 3A
              - 3 orang 2A
              - 5 orang 1A











Selasa, 6 Mac 2018

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN OLAHRAGA SAMAWAT 2018

TARIKH : 3/3/2018
HARI: SABTU
MASA : 8.00 am - 12.00 tgh
TEMPAT : PADANG SK TANJONG PIANDANG

Alhamdulillah,syukur kepada Allah SWT kerana telah memudahkan urusan Kejohanan Sukan Tahunan Olahraga SAMAWAT pada tahun ini.Kejohanan pada kali ini dirasmikan oleh Tn.Haji Muhamad Soffian bin Hj. Yussof yang merupakan ahli korporat perniagaan. Kemeriahan dan keseronokan pelajar jelas tergambar tambahan pada tahun ini kejohanan bertemakan Flora & Fauna. Seramai 4 pasukan yang terlibat iaitu Saidina Abu Bakar,Saidina Umar, Saidina Uthman dan Saidina Ali. Persaingan pada tahun ini juga amat sengit dan mendebarkan.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada guru-guru khususnya daripada kumpulan Saidina Ali yang mana mereka menjadi penyelaras kejohanan tahun ini.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Rumah Saidina Umar kerana menjadi Johan Keseluruhan dan diikuti oleh Saidina Uthman,Saidina Abu Bakar dan Saidina Ali.Olahragawan dan olahragawati juga turut dirangkul oleh atlet daripada rumah Saidina Umar iaitu Mohamad Syafei Bin Shahriman dan Nur Fatihah binti Mat Isa.Manakala pemenang perbarisan disandang oleh juara tahun lepas iaitu Rumah Saidina Abu Bakar. Guru-guru juga ikut libat sama dengan menyertai acara merejam lembing.

Kesemua acara telah tamat dihabiskan pada jam 12.00 tengah hari.


Perbarisan Kontinjen Rumah Sukan

Gimik pelepas burung merpati bertemakan flora & fauna

Penyampaian cenderamata kepada perasmi

gelagat pelajar SAMAWAT

Perarakan masuk ke SK Tanjong Piandang

Sesi bergambar bersama guru

Pemenang Perbarisan: Saidina Abu Bakar

Gelagat maskot rumah Saidina Ali

Olahragawan SAMAWAT,Syafei Shahriman T5

Johan Keseluruhan ; Saidina Umar