Selasa, 6 Mac 2018

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN OLAHRAGA SAMAWAT 2018

TARIKH : 3/3/2018
HARI: SABTU
MASA : 8.00 am - 12.00 tgh
TEMPAT : PADANG SK TANJONG PIANDANG

Alhamdulillah,syukur kepada Allah SWT kerana telah memudahkan urusan Kejohanan Sukan Tahunan Olahraga SAMAWAT pada tahun ini.Kejohanan pada kali ini dirasmikan oleh Tn.Haji Muhamad Soffian bin Hj. Yussof yang merupakan ahli korporat perniagaan. Kemeriahan dan keseronokan pelajar jelas tergambar tambahan pada tahun ini kejohanan bertemakan Flora & Fauna. Seramai 4 pasukan yang terlibat iaitu Saidina Abu Bakar,Saidina Umar, Saidina Uthman dan Saidina Ali. Persaingan pada tahun ini juga amat sengit dan mendebarkan.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada guru-guru khususnya daripada kumpulan Saidina Ali yang mana mereka menjadi penyelaras kejohanan tahun ini.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Rumah Saidina Umar kerana menjadi Johan Keseluruhan dan diikuti oleh Saidina Uthman,Saidina Abu Bakar dan Saidina Ali.Olahragawan dan olahragawati juga turut dirangkul oleh atlet daripada rumah Saidina Umar iaitu Mohamad Syafei Bin Shahriman dan Nur Fatihah binti Mat Isa.Manakala pemenang perbarisan disandang oleh juara tahun lepas iaitu Rumah Saidina Abu Bakar. Guru-guru juga ikut libat sama dengan menyertai acara merejam lembing.

Kesemua acara telah tamat dihabiskan pada jam 12.00 tengah hari.


Perbarisan Kontinjen Rumah Sukan

Gimik pelepas burung merpati bertemakan flora & fauna

Penyampaian cenderamata kepada perasmi

gelagat pelajar SAMAWAT

Perarakan masuk ke SK Tanjong Piandang

Sesi bergambar bersama guru

Pemenang Perbarisan: Saidina Abu Bakar

Gelagat maskot rumah Saidina Ali

Olahragawan SAMAWAT,Syafei Shahriman T5

Johan Keseluruhan ; Saidina Umar




Tiada ulasan:

Catat Ulasan