Selasa, 27 Mac 2018

HARI PENETAPAN TARGET SPM 2018, SEMINAR KEIBUPAAN DAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-11 TAHUN 2018

Pada tarikh 16 Mac 2018 (Jumaat) pihak sekolah telah mengadakan program 3 in 1 iaitu :

  • Seminar Keibubapaan, 
  • Penetapan Target PT3, Thanawi dan SPM bag tahun 2018 dan, 
  • Mesyuarat Agung PIBG kali ke-11 tahun 2018
Alhamdulillah, kesemua program yang dirancang ini berjalan dengan lancar bermula dari awal hingga ke akhir program. Kerjasama daripada semua pihak adalah kunci kejayaan dalam menjadikan team SAMAWAT sentiasa berusaha menjadi yang terbaik di daerah Kerian. In Syaa Allah.

Sasaran : Semua ibu bapa dan waris serta para pelajar, AJK PIBG, tetamu VVIP daripada SUK Negeri Perak, JPN, PPD Kerian dan Pejabat Daerah Kerian.


Tarikh : 16 Mac 2018
Hari : Jumaat
Jam : 8.00pagi
Tempat : Dewan SAMAWAT
Dirasmikan oleh : Y.B Dato' Seri Abdul Puhat bin Mat Nayan (SPMP,DPMP,PJN,JMN,KMN,PMP,AMT,PPT)
Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan


Sebelum bermulanya perasmian mesyuarat Agung PIBG kali ke-11 bagi tahun 2018, Seminar Keibubapaan dan Hari Penetapan Target PT3, Thanawi dan SPM tahun 2018 disampaikan oleh Ustaz Azmi bin Othman (PK Pentadbiran) kepada semua murid dan ibu bapa bermula jam 8.00 hingga jam 10.00 pagi. Alhamdulillah, semua yang telah dirancang dipermudahkan oleh Allah swt.

Tepat jam 10.00pagi maka berlangsungnya perasmian bagi Mesyurat Agung PIBG kali ke-11 SAMAWAT bagi tahun 2018 yang dirasmikan oleh Tuan Haji Ahmad Sabli bin bakri (Pegawai Pendidikan Daerah) yang mewakili Y.B Dato' Seri Abdul Puhat bin Mat Nayan (Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan) yang tidak dapat hadir.




Seminar Keibubapaan dan Penetapan Target PT3, Thanawi dan SPM tahun 2018 oleh PK Pentadbiran
(Ustaz Azmi bin Othman)






Barisan tetamu VVIP yang hadir

Penyampaian Cenderamata kepada Tuan Perasmi oleh Tuan Pengetua diiringi oleh YDP PIBG




Persembahan daripada murid


Sekitar majlis menyuarat agung dan majlis perasmian 



Alunan Wahyu oleh murid

Ucapan Perasmian oleh Pegawai Daerah

Ucapan Yang Dipetua PIBG, Ustaz Murad Hussein

Ucapan Tuan Pengetua, Ustaz Muhamad bin Abdullah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan