Jumaat, 8 Mac 2019

PROGRAM ANAKKU SAYANG (ISU DAN CABARAN REMAJA)

Adakah anda Sudah Bersedia???

Tarikh : 8 Mac 2019 (Jumaat)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Dewan Perdana SAMAWAT
Dianjurkan oleh : Unit Bimbingan dan Kaunseling, Unit Hal Ehwal Murid (HEM) bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dengan kerjasama Pejabat kesihatan Daerah Kerian
Sasaran : Ibu Bapa, Murid dan Guru-guru
Penceramah : Dr. Siti Azura binti Abdul Kahar

Objektif Program Ini adalah untuk :

  • Memberi pendedahan & maklumat kepada peserta mengenai pengertian Kehamilan Luar Nikah dan LGBT,simptom-simptomnya serta pendekatan terbaik bagi membendung penularan budaya rosak ini.
  • Memberi kesedaran tentang Pergaulan Bebas dan pengaruh perlakuan LGBT yang semakin  membimbangkan dalam cara hidup masyarakat hari ini.
  • Melebarluaskan ilmu ini di tempat kerja masing-masing dengan penyampaian maklumat kepada rakan sekerja & masyarakat tentang kesan dan bahaya Kehamilan Luar Nikah dan ancaman LGBT.
  • Menyedarkan sebagai umat Islam perlu berwaspada dengan isu Kehamilan Luar Nikah dan penyebaran kegiatan LGBT di Negara ini kerana ia merupakan salah satu agenda syaitan yang terbesar bagi memusnahkan akidah dan fitrah kejadian manusia Secara amnya salah satu program kebajikan & perkongsian ilmu di antara warga SAMAWAT.



Antara aktiviti yang dijalankan :
  • Ceramah,
  • Kuiz,
  • Pameran,
  • Saringan Kesihatan Percuma dan












Harapan
Amatlah diharapkan agar program ini dapat memberi pengetahuan dan ilmu yang berguna kepada semua warga SAMAWAT tentang masalah Kehamilan Luar Nikah dan bahaya ancaman LGBT di Malaysia amnya dan di negeri Perak khasnya agar memanafaatkan segala ilmu dan pengetahuan yang diperolehi dalam bersama membenteras penularan budaya songsang yang jelas bertentangan dan dilarang dalam agama Islam. Wallahulam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan