Masa : 7.20 pagi
Tempat : Dewan Perdana SAMAWAT
Disempurnakan oleh : Ustaz Fadzlan Shahidi bin Ghazali (Tuan Pengetua SAMAWAT)
Alhamdulillah, dengan izin Allah swt, pelancaran bagi Program Ziarah Cakna peringkat sekolah berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Program yang diilham oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Program Ziarah Cakna ini adalah hasil dari keputusan mesyuarat ketua bahagian KPM bilangan 10/2018 iaitu pada 7 Disember 2018 yang mana Bahagian Pengurusan sekolah harian perlu menyelaraskan pelaksanaan program ziarah cakna ini secara meluas di semua sekolah di bawah KPM.
Program Ziarah Cakna yang diperkenalkan Kementerian Pendidikan (KPM) mampu mewujudkan konsep sekolah penyayang dalam konteks sebenar dalam usaha menyelami masalah dihadapi pelajar dan ibu bapa secara menyeluruh. Program ziarah cakna ini adalah aktiviti lawatan guru ke rumah murid untuk bertemu dengan ibu bapa penjaga bagi memberi manfaat positif kepada perkembangan menyeluruh pelajar. Selain itu juga melalui lawatan yang dibuat diharapkan guru dapat mengumpul maklumat keluarga murid memahami latar belakang murid berdasarkan tempat mereka dibesarkan dan secara tidak langsung dapat merapatkan lagi hubungan atau ibu bapa dan guru.

Ucapan Penyeleras Program |
Ucapan Tuan Pengetua (Ustaz Fadzlan Shahidi bin Ghazali) |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan