Rabu, 12 Februari 2020

ZIARAH CAKNA BIL. 1 & 2 TAHUN 2020

Tarikh : 12 Februari 2020 (Rabu)
Masa : 9.30 pagi hingga 11.00 pagi
Jumlah Rumah yang dilawati : 2 buah rumah
Jumlah Pentadbir/Guru yang melawat : Pengetua dan 3 orang guru.

Rumah yang dilawati :

  • Nur Adila binti Ali T4 (Kemalangan) . Lawatan diketuai oleh Tuan Pengetua (Ustaz Fadzlan Shahidi) bersama dengan guru kelas (Cikgu Siti Khatijah) dan kaunselor.
  • Mohd Syafi bin Johari (T5) & Mohd Sharil bin Johari (T3) (Ponteng). Lawatan diketuai oleh guru kelas T5 (Ustaz Mohd Suhaimi) bersama dengan Kaunselor
Mukaddimah
Alhamdulillah, ziarah cakna SAMAWAT bagi sesi persekolahan tahun 2020 diteruskan lagi dengan memberi fokus kepada semua aspek terutama melibatkan kurikulum (calon peperiksaan), musibah, faktor keluarga, masalah disiplin (HEM) dan sebagainya. Usaha dan saranan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), JPN dan PPD bagi program ini menjadikan sikap kepedulian pihak sekolah terhadap pelajar dalam semua aspek diambil peduli. Semoga dengan usaha yang murni ini kemenjadian murid dalam semua aspek dapat ditingkatkan demi pembangunan dalam akademik, kokurikulum dan pembangunan sahsiah diri murid

Laporan ringkas mengenai Ziarah Cakna :
  • Nur Adila binti Ali telah mengalami kemalangan dengan seekor babi hutan semasa perjalanan ke sekolah pada selasa (11 Feb 2020) pada jam 7.10 pagi. Mangsa yang membonceng motosikal berseorangan menghala ke rumah rakan sekelas untuk hadir bersama ke sekolah. Namun belum sempat tiba dirumah rakannya, tiba-tiba sekor babi hutan telah melanggar mangsa dan mangsa jatuh ke atas jalan raya dan menyebabkan bibir pecah (6 jahitan) dan luka dikaki dan badan. Alhamdulillah keadaan mangsa stabil dan hanya dirawat sebagai pesakit luar dihospital Parit Buntar. Keadaan motosikal mangsa mengalami kerosakan yang teruk. Melalui Program Ziarah Cakna, pihak sekolah melancarkan sumbangan iklhas daripada guru dan pelajar kepada keluarga magsa. Semoga dengan sedikit bantuan serta lawatan ziarah oleh Tuan Pengetua bersama dengan guru kelas dan kaunselor mampu memberikan Adila dan keluarga semangat untuk hadir ke sekolah dalam masa terdekat.
  • Mohd Syafi dan Sharil yang merupakan adik beradik daripada tingkatan 3 & 5 yang tinggal di Sungai Betul, Tanjung Piandang sering datang lewat dan ponteng sekolah. Atas keperihatinan pihak sekolah kerana calon bakal menduduki PT3 dan SPM bagi tahun ini. Maka Ziarah Cakna ke rumah mereka diketuai oleh guru kelas (Ustaz Mohd Suhaimi) dan Kaunselor diteruskan. Setiba dirumah mereka, kami disambut oleh ibu Syafi dan Sharil. Setelah perbincangan antara kami bersama ibu dan anak-anak mereka, In Sya Allah Syafi dan Sharil akan hadir ke sekolah pada setiap hari demi masa depan mereka. Sedikit sumbangan diberikan kepada keluarga tersebut daripada pihak sekolah.



Ziarah Cakna oleh Guru Kelas dan Kaunselor ke kediaman Mohd Syafi dan Mohd Sharil




Ziarah cakna oleh Tuan Pengetua, Guru Kelas & Kaunselor ke kediaman Nur Adila binti Ali

Tiada ulasan:

Catat Ulasan