Jumaat, 27 September 2019

ZIARAH CAKNA SAMAWAT

Tarikh : 27 September 2019 (Jumaat)
Masa : 9.30 pagi - 11.30 pagi
Sasaran Ziarah: Calon SPM sesi 2019 (Mohd Nazrin bin Azmi & Muhd Haziq Adam bin Rosmaini)
Pegawai Rombongan : Penolong Kanan STAM, Kaunselor, Guru Kelas Tingkatan Lima.

Mukaddimah
Syukur alhamdulillah kepada Allah swt, Skuad Cakna SAMAWAT pada kali ini menziarahi dua buah rumah iaitu calon SPM bagi sesi 2019 kerana tidak hadir ke sekolah. Usaha ini bagi memastikan maklumat berkaitan disampaikan kepada calon dan keluarga calon agar lebih bersemangat berhadapan saki baki persekolahan sebelum peperiksaan sebenar berlangsung. 
Pendekatan yang dijelmakan oleh pihak Kementerian ini sendiri menjadikan hubungan murid dan keluarga murid lebih didekati oleh pihak sekolah. Usaha yang berterusan ini akan dilakukan pada setiap bulan melihat kepada keperluan pihak sekolah dengan murid.

Harapan Ziarah Cakna
  • Semoga dengan usaha ini akan menjalinkan hubungan yang baik antara murid, keluarga murid dengan pihak sekolah.
  • Menjadikan sekolah lebih perihatin kepada kepada kebajikan murid dalam semua aspek.
  • Memperkukuhkan lagi hubungan antara pihak sekolah dengan komunti setempat.
  • Memberi semangat kepada murid yang disasarkan agar lebih bersemangat hadir ke sekolah pada setiap hari dan membantu meningkatkan peratusan kehadiran ke sekolah pada setiap hari.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan