Rabu, 18 September 2019

PERTANDINGAN PROGRAM GURU MUDA SMKA/SABK/KAA PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2019

Johan Pembentang Subjek Usulluddin

Tarikh : 12 September 2019 (Khamis)
Tempat : SMA Maahad Nurul Fadzliah, Sungai Siput Utara, Perak
Jumlah peserta : 8 orang (2 orang guru muda /& 6 orang peserta)
Guru Muda : Siti Maisarah binti Samsudin Shah & Nurul Sakinah binti Mat Khairi
Guru Pembimbing : Ustaz Mohd Suhaimi bin Mohamad
Guru Pengiring : Ustazah Nurtaqiah binti Ahmad Sabri

Jumlah sekolah bertanding : 20 Buah sekolah
Subjek : Sains, Sejarah, Syariah, LAM, Sains, PSI dan Perniagaan.

Mukaddimah
Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt kerana dengan limpah dan kurnianya usaha yang dilakukan oleh guru pembimbing (Ustaz Mohd Suhaimi bin Mohamad) bersama-sama dengan guru-guru muda SAMAWAT membuahkan hasil apabila dinobatkan persembahan terbaik bagi matapelajaran Usuluddin yang melibatkan 3 buah sekolah bagi setiap mata pelajaran.

Usuha ini terhasil daripada persiapan rapi yang dilakukan oleh Ustaz Suaimi yang turut dibantu oleh beberapa orang guru lain. Tahniah diucapkan kepada guru muda SAMAWAT iaitu Siti Maisarah dan Nurul Sakinah atas semangat, komitmen yang diberikan membolehkan mereka menerima penghargaan tersebut.

Turut meraikan kejayaan tersebut adalah Tuan pengetua (Ustaz Fadzlan Shahidi bin Ghazali) sendiri yang turut hadir pada majlis penyampaian hadiah. Semoga kejayaan ini mampu menyuntik semangat kepada rakan-rakan pelajar yang lain untuk terus berusaha bagi menghadapi peperiksaan sebenar SPM, STAM, Thanawi dan PT3 bagi tahun 2019

Insyallah, bagi tahun hadapan sekolah akan memastikan persiapan awal dan rapi bagi mengekalkan kejayaan tersebut. Kerana kejayaan hadir apabila seseorang berusaha bersungguh-sungguh tanpa mengambil kira penat lelah dan jemu. Kejayaan pasti hadir kepada mereka yang berkehendak sahaja.


Sesi bergambar bersama Tuan Pengetua (Ustaz Fadzlan Shahidi)

Guru Muda Siti Maisarah binti Samsudin Shah

Guru Muda Nurul Sakinah binti Mat Khairi

Pembentangan berlangsung

Guru Pembimbing (Ustaz Suhaimi) bersama-sama dengan peserta program Guru Muda



Tiada ulasan:

Catat Ulasan