Isnin, 30 September 2019

MAJLIS SOLAT HAJAT/ BACAAN YASSIN DAN MOHON RESTU PERDANA SAMAWAT SESI 2019

Tarikh : 27 September 2019 (Jumaat)
Masa : 2.30 petang - 4.00 petang
Tempat : Masjid Jamek, Tanjung Piandang, Perak
Sasaran : Semua calon PT3, Thanawi, SPM, STAM dan Peperiksaan Akhir Tahun (PAT) sesi 2019.
Jemputan : Pengetua, YDP PIBG, Timb. YDP, Penolong Kanan, Guru-guru, AJK PIBG serta Ibu Bapa dan masyarakat setempat.

Mukaddimah
Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt kerana dengan izin-Nya Majlis solat hajat /bacaan yassin serta majlis mohon restu melibatkan calon-calon yang disasarkan mencapai matlamat dan objektif yang disasarkan. Diharapkan dengan majlis seperti ini, calon-calon akan dipermudahkan segala urusan bagi menjawab soalan yang akan ditanya dalam peperiksaan. 
Usaha ini dilakukan pada setiap tahun oleh semua sekolah simbolik kepada penyerahan ilmu oleh guru-guru kepada anak murid yang diajar agar dipermudahkan segala urusan, diberikan ketenangan, dan menguatkan ingat calon. 
Keadaan hujan yang mencurahi bumi Tanjung Piandang semasa majlis berlangsung seumpama majlis ini diberkati oleh Allah swt dan semua pihak berdoa agar semua calon diberikan kejayaan di dunia dan di akhirat. Aminn.

Sekilas perjalanan majlis :

  • 2.30 petang  : Ucapan oleh Pengerusi Majlis (Ustaz Ahmad Murshidi)
  • 2.40 petang  : Ucapan oleh Timb. YDP ( Tuan Haji Mohamad Shahriman)
  • 2.50 petang  : Ucapan oleh Tuan Pengetua (Ustaz Fadzlan Shahidi bin Ghazali)
  • 3.00 petang  : Solat Hajat Berjemaah (diimamkan oleh Ustaz Muhammad Muhamin)
  • 3.15 petang  : Majlis Bacaan Yassin ( Diketuai oleh Ustaz Ahmad Kamal Arrifin)
  • 3.45 petang  : Majlis Mohon Restu dan Selawat
  • 4.00 petang  : Jamuan ringkas (Door Gift) dan bersurai
Pendaftaran Ibu Bapa/ Waris

Pengacara Majlis (Ustaz Ahmad Murshidi)

Ucapan Timb. YDP PIBG (Tuan Haji Mohamad Shahriman)
 

Ucapan oleh Tuan Pengetua (Ustaz Fadzlan Shahidi)


Solat Hajat

Khalifah Bacaan Yassin oleh Ustaz Ahmad Kamal Arrifin




Majlis Bacaan Yassin berlangsung


Majlis Mohon Restu berlangsung

Jumaat, 27 September 2019

ZIARAH CAKNA SAMAWAT

Tarikh : 27 September 2019 (Jumaat)
Masa : 9.30 pagi - 11.30 pagi
Sasaran Ziarah: Calon SPM sesi 2019 (Mohd Nazrin bin Azmi & Muhd Haziq Adam bin Rosmaini)
Pegawai Rombongan : Penolong Kanan STAM, Kaunselor, Guru Kelas Tingkatan Lima.

Mukaddimah
Syukur alhamdulillah kepada Allah swt, Skuad Cakna SAMAWAT pada kali ini menziarahi dua buah rumah iaitu calon SPM bagi sesi 2019 kerana tidak hadir ke sekolah. Usaha ini bagi memastikan maklumat berkaitan disampaikan kepada calon dan keluarga calon agar lebih bersemangat berhadapan saki baki persekolahan sebelum peperiksaan sebenar berlangsung. 
Pendekatan yang dijelmakan oleh pihak Kementerian ini sendiri menjadikan hubungan murid dan keluarga murid lebih didekati oleh pihak sekolah. Usaha yang berterusan ini akan dilakukan pada setiap bulan melihat kepada keperluan pihak sekolah dengan murid.

Harapan Ziarah Cakna
  • Semoga dengan usaha ini akan menjalinkan hubungan yang baik antara murid, keluarga murid dengan pihak sekolah.
  • Menjadikan sekolah lebih perihatin kepada kepada kebajikan murid dalam semua aspek.
  • Memperkukuhkan lagi hubungan antara pihak sekolah dengan komunti setempat.
  • Memberi semangat kepada murid yang disasarkan agar lebih bersemangat hadir ke sekolah pada setiap hari dan membantu meningkatkan peratusan kehadiran ke sekolah pada setiap hari.










SAMBUTAN ULANG TAHUN KELAHIRAN MURID/ GURU PENYAYANG

SANAH HELWAH
Julai - Ogos - September

Tarikh : 27 September 2019 (Jumaat)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Perdana SAMAWAT
Sasaran : Guru dan Pelajar yang lahir pada bulan Julai, Ogos dan September

Mukaddimah
Alhamdulillah, sannah helwah diucapkan kepada semua guru-guru serta pelajar yang dilahirkan dalam bulan Julai, Ogos dan September. Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama unit HEM dan PIBG akan memastikan objektif bagi Program Amalan Guru Penyayang dilaksanakan di sekolah khususnya di SAMAWAT. Semoga dengan perharian dan penghargaan ini mampu memberikan pelajar semangat moral untuk terus berjaya dalam hidup.

#semogadipanjangkanumur
#dimuruahirezeki
#diberikankesihatanyangberpanjangan
#semogaberjayadalamhidupduniadanakhirat
#solehdansolehah








SESI SENTUHAN AKHIR BERSAMA CALON PT3 SESI 2019

Tarikh : 26 dan 27 September 2019
Masa : 4.00 petang & 7.30 pagi
Tempat : Bilik Gerakan Sekolah dan Dewan Perdana SAMAWAT
Jumah Calon : 26 orang (13 lelaki & 13 perempuan)

Mukaddimah
Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt dengan limpah rahmat dan izinya majlis khas kepada kesemua 26 orang calon PT3 bagi sesi 2019 berjaya dilaksanakan dan berjalan dengan lancar. Tujuan majlis ini dilakukan adalah dalam usaha untuk :

  • Membantu murid agar lebih fokus kepada PT3
  • Menyiap siagakan persediaan calon untuk menghadapi PT3 yang sebenar sesi 2019.
  • Melihat segala kelemahan dan mengantikan dengan kekuatan agar calon-calon lebih bersedia.
  • Memohon keberkatan ilmu daripada semua guru-guru khasnya guru-guru yang mengajar ditingkatan tiga

Sekilas majlis yang dilakukan :
  • Khamis : 26 September 2019 (Khamis), perjumpaan khas dilakukan oleh Tuan Pengetua melibatkan kesemua calon PT3 bagi sesi 2019 di Bilik Gerakan SAMAWAT pada jam 3.00 petang bagi melihat kelemahan dan digantikan dengan kekuatan.
  • Jumaat   :  27 September 2019 (Jumaat), sekali lagi majis dilakukan di Dewan Perdana SAMAWAT dilakukan melibatkan ucapan-ucapan khas oleh semua guru yang mengajar ditingkatan tiga bagi tersebut dan disudahi dengan majlis bersalaman dan mohon restu.

Antara senarai Guru Mata pelajaran bagi Tingkatan Tiga sesi 2019 :
  1. Ustaz Ahmad Kamal Arrifin bin Mohd Ali (LAM)
  2. Ustaz Mohd Suhaimi bin Mohamad (Usuluddin)
  3. En. Johari bin Ishak (Sejarah)
  4. Puan Shahidawati binti Osman (Bahasa Melayu)
  5. Puan Alwiah binti Mat Rasid (Geografi)
  6. Cik Noraida binti Abd Karim (Sains)
  7. Puan Saodah binti Mastor (Syariah)
  8. Puan Siti Khatijah binti Naraman (Matematik)
  9. Cik Nazatul Shida binti Mohd Nizzarudin (Bahasa Inggeris)
  10. Puan Zakiah hayati binti Mohd Idris (RBT)










Isnin, 23 September 2019

PROGRAM MOTIVASI DAN SUMBANGAN ALAT TULIS OLEH PUSAT KHIDMAT PARLIMEN PARIT BUNTAR TAHUN 2019

Tarikh : 23 September 2019 (Isnin)
Masa : 8.00 pagi hingga 11.00 pagi
Tempat : Dewan Baiduri SMK Seri Perak, Parit Buntar Perak.
Sasaran : 10 orang calon SPM tahun 2019

Mukaddimah 
Alhamdulillah, majlis yang disusun oleh Pejabat Pendidikan Daerah Kerian (PPD) dengan kerjasama dengan Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar, Perak bagi program motivasi oleh En. Naufal dan sumbangan alat tulis kepada calon SPM, STAM, STAM tahun 2019 kepada sekolah-sekolah yang terpilih. Usaha ini bagi memastikan Daerah Kerian berupaya mengekalkan kedudukan pertama (No.1) dalam SPM di Negeri Perak. Maka bantuan ini akan membantu calon lebih bersemangat dalam menghadapi saki baki dalam peperiksaan yang sebenar kelak.

Tentatif Majlis
8.00 pagi   : Ceramah Motivasi oleh En. Muhammad Naufal bin Aziz
                    (Kaunselor Organisasi PPD, Kerian)

10.00 pagi : Ucapan Perasmian oleh YB Hasnul Zukarnain bin Abd Munaim
                    (Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia, NGO dan Pembangunan Koprasi)

10.30 pagi : Majlis Penyampaian Bantuan Alat Tulis kepada calon  yang terlibat
11.00 pagi : Majlis bersurai

Bergambar bersama dengan YB Hasnul






Calon SPM SAMAWAT


Motivasi yang disampaikan oleh En. Naufal

SAMBUTAN ULANG TAHUN KELAHIRAN MURID/ GURU PENYAYANG

April - Mei - Jun

Tarikh : 23 September 2019 (Isnin)
Masa : 7.45 pagi
Tempat : Dewan Perdana SAMAWAT
Sasaran : Semua pelajar yang lahir pada bulan April, Mei & Jun

Mukadimmah
Sambutan kelahiran murid yang dilahirkan pada bulan April, Mei dan Jun diraikan pada bulan september kerana kekangan masa. Walaupun agak lewat, majlis ini tetap akan dijalankan dalam meraikan murid yang terlibat agar sikap penyayang, sikap kepedulian guru-guru kepada murid dapat dijelmakan.