Isnin, 8 April 2019

KEM KEPIMPINAN SAMAWAT SIRI 1/4 TAHUN 2019

Tarikh : 7 April 2019 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi - 1.00 petang
Tempat : Dewan Perdana SAMAWAT
Sasaran : Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ahli PRS, Ketua dan Penolong Kelas.
Ketua Fasalitator : Muhd Faisal bin Hassan (GBK)
Fasalitator : Ahmad Murshidi bin Ramli & Muhammad Muhaimin bin Mustapai (Guru Disiplin)

Mukaddimah
Program ini merupakan satu aktiviti yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SAMAWAT. Program ini melibatkan 62 peserta yang terdiri daripada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, ketua dan penolong kelas serta ahli Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). Tujuan utama penganjuran kursus ini ialah untuk memberi pendedahan cara membantu pengendalian tugas yang pelbagai kepada perserta sebagai panduan dan bekalan untuk menghadapi cabaran memikul tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin. Oleh yang demikian, program ini khususnya dirancang untuk meningkatkan kemahiran dalam kepimpinan, pengetahuan dan menambah pengalaman serta memantapkan pelajar.


Objektif
Objektif Program Ini adalah untuk :
  • Memantapkan pengetahuan sedia ada peserta berkaitan dengan modul program jati diri dan kemahiran peserta.
  • Memupuk nilai - nilai kreatif dan semangat dalam proses melengkapkan diri dengan modul yang pelbagai.
  • Menyemai nilai sumur model SAMAWAT iaitu “EMAS” berteraskan elemen SUMUR iaitu Jati Diri.
  • Membina kepercayaan dan keyakinan pada diri bahawa dengan persediaan yang mantap boleh menjadikan para peserta dapat membantu ke arah peningkatan akademik dan sahsiah.
  • Melalui aktiviti - aktiviti yang telah dirancang ini , dengan harapan akan menyemarakkan rasa komitmen yang tinggi dalam diri setiap para peserta apabila menghadapi tugas yang diamanahkan .









Harapan
Amatlah diharapkan agar program ini dapat memberi pengetahuan dan semangat berterusan kepada peserta dalam melaksanakan tugas sebagai pemimpin di sekolah. Menyedari pentingnya keterampilan dan keunggulan peserta umumnya, serta membentuk sahsiah diri yang mantap dalam kalangan murid SAMAWAT, diharapkan kem ini akan memudahkan dan boleh membantu mereka dalam menjalankan tugasnya dengan dedikasi dan sempurna. Program ini juga diharapkan dapat mencapai objektifnya dan memberi manfaat serta kesan positif kepada semua peserta sebagai bekalan dalam melengkapkan diri untuk menempuh permasalahan pelajar di sekolah yang semakin mencabar .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan