Jumaat, 5 April 2019

CERAMAH KEMAHIRAN BELAJAR BERKESAN

Tarikh : 5 April 2019 (Jumaat)
Masa : 9.00mlm - 10.30mlm
Tempat : Dewan Tuan Haji Noh SAMAWAT
Sasaran : Semua pelajar asrama
Penceramah : En. Mohammad Zulkiflee bin Awang (GBK Al-Falah)

Mukaddimah

Kecemerlangan dalam kerjaya dan dunia materialistik sering menjadi idaman semua orang dewasa ini. Namun demikian dalam mengejar kecemerlangan, para pelajar sering kali terlupa bahawa aspek keberkesanan dan kualiti dalam akademik telah dipinggirkan dan tidak diambil perhatian. Kebanyakan daripada pelajar kurang menitikberatkan kemahiran-kemahiran belajar yang sistematik dan konsisten. Oleh yang demikian, Program Bijak Belajar ini dirancang untuk membantu memperkukuhkan tahap pencapaian akademik para pelajar di sekolah ini.

Matlamat

Program ini dijalankan bagi membantu meningkatkan kesedaran para pelajar untuk menguasai teknik-teknik dan kemahiran dalam pembelajaran. Selain itu, program ini dapat juga memberi pendedahan dan garis panduan untuk menjadi pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Objektif

  • Agar murid-murid mempunyai matlamat yang jelas demi mencapai kecemerlangan akademik mereka.
  • Agar murid-murid tahu hala tuju yang ingin dicapai dan langkah-langkah menuju kecemerlangan.
  • Memberi kesedaran kepada para pelajar untuk meningkatkan prestasi dalam akademik.
  • Mengamalkan suasana belajar yang kondusif dan positif dari masa ke masa.
  • Menyuntik semangat pembelajaran dalam diri semua pelajar dan dapat mengetahui teknik belajar yang betul.
  • Untuk memastikan murid-murid mempunyai visi dan misi yang selari dengan visi dan misi sekolah demi mencapai kecemerlangan dalam akademik dan sahsiah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan